nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Thursday, December 23, 2010

alternative way downloading software and etc

hai lads and gent
hari ni aku nak share some info kat hempa
macammana nak download dengan gumbira
selain menggunakan torrent

sume sedia maklum kan
torrents adalah satu mekanisma paling best untuk download secara haram free
tanpa sebarang charge dikenakan
hanya memerlukan sedikit masa(tapi berhari2 gak la kalau tenet slow cam cipan)

tapikan lads and gents
kat jepun neh hampir tak boleh pakai torrent(ada region yang boleh pakai torrent)
walaupun internet speed dia 22Mbps
which mean kalau hempa download movie 700MB hanya memerlukan 4 minit sahaja
malangnya torrent tak boleh pakai
WTF internet laju

kenapa tak boleh???
sebab download macam tu salah dari segi undang2 jepun
tapi bagi aku la kan
selagi tak kantoi selagi tu aku rasa tak bersalah
WTF nak beli game 2 3 ratus ringgit just untuk game je??
kalau game ps3 tak pela
puas hati kot walaupun game 2 3 ratus ringgit

so
budak2 malaysia kat jepun terpaksa la mencari alternatif untuk mendownload
ada antara kawan2 aku sanggup beli akaun premium megaupload ke hotfile ke untuk mendownload
yes
thats one of the best way downloading
sebab akaun premium boleh download secara parallel
which mean boleh download secara serentak
tapi pada la 5000yen=RM180 setahun
aku tak kaya dowh
kalau free member korang terpaksa mendownload satu demi satu
dah la ada limit pulak tu
so
entry kali ni aku nak habaq macam mana nak mendownload dengan senang
walaupun hempa just free member
just like torrent
you just have to spend some lot of time on it
guna apa??
guna la software JDOWNLOADER
apa jdownloader neh??
jdownloader neh sejenis software yang boleh grab link download
just simply copy URL and paste it on jdownloader
then the jdownloader will do the rest
exactly like torrent
kalau tak pakai jdownloader neh
korang ada possibility x download time tidur
dengan jdownloader ini
korang boleh tidur dengan komputer terbukak sambil jdownloader mendownloadkan secara auto untuk anda
tanpa anda click "download" setiap sejam
haha

ok tu roughly pasal jdownloader
hempa boleh download jdownloader tu kat sini
nak tau cara guna dia boleh search kat youtube

ok sekarang nak cerita macam mana nak cari URL2 download tu
setakat ni
aku hanya percayakan filestubes
hempa search je apa2 nama game ke software ke dalam filestubes tu
insyaAllah akan jumpa
macam ni
so nak terang yang bulat2 tu
ada nombor kan
1:situ search engine nak cari software ;p
2:setakat neh aku hanya percaya megaupload je
so aku tick megaupload
yang the rest to aku tak berapa nak yakin

lepas hempa pilih dalam "pilihlah dari sini" tu
then screen hempa akan kuar macam ni
copy sume link dalam bulatan merah tu
dan paste kan terhadap jdownloader
lepas tu hempa jangan lupa pulak click play kt jdownloader tu
kang sampai mati software tu tak download

lepas tu kan
hempa just tunggu je sampai la semua link2 tu didownload
hempa boleh main ps3 dulu ke
tengok one piece dulu ke
anything
sebab nak tunggu benda neh download lama
sebab kita neh free member
kalau premium account dalam sejam je kot boleh main dah game2 tu

owh ya
lupa nak habaq
jangan dok usik da jdownloader tu
biarkan ia menjalankan tugas
kadang2 tu dia tak download sebab dah sampai limit internet ke
internet slow tahap cipan ke
biarkan sahaja
once dah stabil ianya akan pulih seperti biasa

so dengan penuh kesabaran selama 4jam lebih kurang
plus minus megaupload limit download
hasilnya aku berjaya download game baru
LEFT 4 DEAD 2
berjaya!!! 
boleh tanya aku ye kalau any probs
ENJOY DOWNLOADING

Tuesday, December 21, 2010

hidden message in facebook login page

guese what??
look carefully
.......
..........
..............
.......................
..............................
.......................................
.....................................................
................................................................
.........................................................................

Sunday, December 19, 2010

superb mat rempit jepun

dulu2
orang jepun layan drift
sekarang depa layan skuter pulak
pergh sumpah gempak seh skuter depa




even pakai sport rim Mercedes pun ada
LOL~

kalau kat malaysia
mat rempit pandang sebelah mata je skuter besaq2 macam ni
haha

*teringat kawan aku pakai modenas elegen
teruk aku kutuk dia
LOL~

superb love sign

video neh agak panjang untuk tengok
but
sangat best untuk tengok
enjoy the love
kepada yang dari malaysia anda harus bersabar kerana internet msia terlalu slow..LOL

superb Xbox gamerz

really cute cat
LOL~

superb picture-who has otak kuning??

please focus on the picture below
is she half naked???


YEAH YOU MIGHT THINK SHE IS NAKED.
hahaha


















but she isn't

otak kuning tol hempa neh
LOL~

superb picture royal B*t*h

LOL~~

celebrity masa muda-muda

haha
sirius lawak muka depa masa budak2
haha
 justin bieber??
LOL|~~~

terms and conditions of japan's product *update*

recently aku banyak sangat dapat tempahan kawan2
suruh beli barang2 electronic jepun neh
well aku kan dok kat jepun
so depa amik peluang la suruh aku belikan macam2
betul tak??
aku pun tak ralat sangat dgn depa neh
boleh je aku nak tolong
sapa lagi nak tolong kalau bukan kawan macam aku
betul tak??

lagipun aku rasa macam neh boleh mengeratkan hubungan silaturrahim
walaupun depa just gunakan aku untuk beli macam2
dah dapat barang dah taknak contact aku langsung
taknak la macam tu
frens forever kan

aku dah hadapi banyak masalah dalam sesi membantu ini
so aku buat satu term and condition kepada sapa2 nak mintak tolong aku

GOLONGAN YANG LAYAK
  1. family serta sanak saudara terdekat
  2. kawan-kawan dari alor pongsu,smk seri perak,mrsm langkawi,plkn kisana beach resort,utmkl,ktj..terhad kepada yang aku kenal sahaja
*kepada insan yang aku tak kenal i have to say sorry

JENIS BARANGAN
  1. segala jenis barang electronic yang aku mampu beli melalui internet..kalau nak suruh aku pi kedai beli sorry..aku takdak masa untuk semua itu..aku beli pn pakai internet korg nk lebih2 plak
  2. untuk kereta aku tak sediakan service itu kerana sangat menyusahkan aku tambah2 nak pakai AP aku atau nak suruh aku beli AP orang..kalau nak jugak boleh tapi akan diceritakan pada bahagian harga
 *untuk lens canon aku sarankan jangan sebab lens canon malaysia yang buat
**iphone sangat mahal ye kat sini kalau nak baru..so better dont ask me about that

HARGA BARANG SERTA CAS PENGHANTARAN
  1. mudah sahaja..ikut harga barang tu..kalau 3000yen 3000yen la korang kena bayar..ini TAK termasuk cas penghantaran yang dikenakan terhadap aku dan yang nak hantar kat korang..and aku takkan convert nilai duit tu so korang convert sendiri la ye..100yen=RM3.60 lebih kurang
  2. cara nak bayar just transfer duit kepada bank aku di jepun ini..boleh tanya aku segala maklumat yang diperlukan
  3. atau kalau pakai kad kredit korang pun takde masalah tapi dengan syarat korang kena jugak transfer duit delivery kat aku..pasal kad kredit neh aku jamin aku tak pakai untuk kepentingan aku sendiri,,dah setel aku delete pasal kad kredit korang..JANJI
  4. cas penghantaran untuk sampai dalam seminggu(air mail) ialah 3000yen untuk item bawah 2kg..kalau lebih akan dikenakan cas mengikut berat
  5. untuk sebulan keatas(kapal laut)..item bawah 2kg hanya 1000yen..lebih dari itu mengikut berat
  6. servis perkhidmatan akan dikenakan sebanyak 1500yen..duit ini untuk aku ye :)
  7. kalau nak tunggu aku bawak balik malaysia aku kenakan cas RM50 ye..yela sebab barang korang tu buat berat bag aku
  8. INI PALING PENTING..korang wajib transfer dulu duit tu baru aku belikan..kalau tak aku takkan beli..
  9. untuk pasal kereta boleh tapi 100% dibiayai oleh korang..segala cost perjalanan aku,telefon,makan minum serta hotel aku kat sana(tempat jauh)dsb nya tak termasuk cas servis anda akan tanggung..kalau nak hanya waktu cuti sahaja..boleh tanya aku cuti bila..servis 10000yen..AP takkan disediakan..kecuali anda beli dari aku dengan harga 100% harga kereta tu..haha..harap maklum
JAMINAN BARANG
aku takkan bukak barang tu kecuali korang yang suruh bukak..aku akan cuba untuk memastikan barang korang selamat selagi ditangan aku..kalau dah hantar kat pejabat pos aku TAKKAN bertanggungjawab..
AMARAN:aku terpaksa declare apa barang korang tu serta nilainya..kalau tak,tak boleh nak post..jepun very strict ok..so apa2 yang terjadi selepas aku taktau la ye..untuk barang lebih 20000yen ada potensi dapat balik nilai yang aku tulis tu..itu jaminan pejabat pos jepun

setakat ni itu jela kot..apa2 aku update nanti

Wednesday, December 15, 2010

bersin 18SG

ingin tahu macam mana muka hempa kalau bersin??
watch this superb video
haha
AMARAN KERAS:KALAU TENGAH MAKAN HARAP JANGAN TENGOK!!!



so macam mana???
macam tu la muka hempa bila bersin
THUMBS UP!!!

mythbuster proving god exists or not

yosshhh
video yang agak best aku rasa
tapi agak sensetive
so harap2 hempa tengok la dengan hati yang cool ye
by the way
depa memang mengakui Allah itu wujud..
dengar dekat part last video neh..

yoosshh layan

belut electric versus boya

boiz and galz
serta
bapok2 dan pengkid2 sekalian
pernahkah hempa terpikir
belut elektrik lawan boya sapa menang???

ATAU


enjoy the video :)



Monday, December 13, 2010

luahan rasa versi exam

lelaki dan pompoan sekalian

tetiba hari ni aku rasa nak luahkan sumthg
tak tau nak luahkan kat sapa kan
luah je la kat sini
and
it is about my exam

tadi aku kat okayama ada perjumpaan dengan pegawai JPA
dia saja je jumpa budak2 area okayama which is tsuyama pun termasuk dalam wilayah okayama
so pi la jumpa dia sebab kena ugut tindakan disiplin
haha keras la pulak kata kena ugut kan
tapi sebenarnye pegawai neh baik
puan zaharah nama dia


ok back to main topic
puan zaharah neh dia nak memantau prestasi semua pelajar2 area okayama neh
so of coz la aku termasuk dalam pemantauan dia
bila dia tengok result aku
dia cakap result aku membimbangkan
ok it was true
my result not really good la
agak terumbang-ambing gak aku neh
so puan zaharah cakap aku kena pick up la untuk next exam

SAPA CAKAP AKU PANDAI????
seriusly memang sekarang aku malas nak belajar
aku tak tau silap tang mana
aku asyik meremeh temehkan pelajaran aku
hasilnya result aku semakin hancur
consider teruk gak la
aku cuba pick up untuk mid term yang lepas
tapi tak gak
masih macam tu gak

dulu masa final sem tu
aku kantoi sebab 1st paper on 1st day aku tak boleh buat sebab susah tahap moksya
study btol2 dah subject 2 tapi aku tak boleh buat gak
1st time aku teriak masa exam sebab tak boleh buat
jatuh ego aku sebagai laki beb
lepas tu je aku dah lost of confident nak belajar lagi
mana taknye aku dok harap sangat nak dapat result yang gempak
so that aku boleh dapat suisen(recommendation/endorsement) untuk masuk dai(universiti)
tiba2 aku tak dapat buat paper tu
then terus aku tak study paper2 lepas tu due to kegagalan aku jawab paper 1st tu
giler down aku time tu
hanya Allah je yang tau
giler exam week boleh aku layan anime One Piece


then ke-frustation-nan aku tak habis kat situ
yela sini lepas exam terus kelas
next day lepas hari last exam terus kelas
aku dapat result 1st paper yang aku cakap tadi tu
pergh memang dalam sejarah la
tak pernah kot dalam sejarah student foreigner electric tsuyama dapat 'taik' denki kairo (electric circuit) macam tu
lepas tu 1 demi 1 aku dapat 'taik' subject2 lain
senmon kamoku (subject major) aku hanya 1 je yang lulus on paper
yang lain habes teruk
minor subject ada dapat 0 pulak tu
nasib baik lepas tolak tambah markah report ada 1 je yang gagal
pergh memang aku cipta sejarah di tsuyama
gambar hiasan walaupun memang aku punya..tapi ini markah test je..btw ini orang jepun pn dapat 0 gak sebab test terkejut

sini sistem belajar tak sama macam malaysia
lepas exam tak terus cuti
so kelas macam biasa
yeah i need some holidays for recovering my 'wound'
terus masuk sem baru
aku masih terbawak lagi kekecewaan aku yang dulu
jadi malas dan takde motivasi
tak lama lepas tu
which is 2 minggu lepas
aku exam mid term
20% recovery aku study la jugak
tapi tak hard and smart mana la
dengan kepala hotak aku dok pikir nasib aku kat jepun neh
aku jawab dengan tak seberapa
kali ni takde la 0
kira boleh la kot walaupun masih ada failed on paper lagi
but ada subject yang naik gak la
yang mengecewakan subject favorite aku failed gak on paper
tapi tu salah aku gak la
over confident boleh buat
last2 result tak over mana pun

esok mungkin aku dapat overall result
harap2 takde dah failed overall
sekarang juz harap aku boleh grads dari kolej neh
nak dapat suisen mungkin aku dah tak mampu
dah terlalu terlewat untuk aku bangkit
sebab suisen based on 3 tahun result aku kat sini
andai aku nak masuk dai jugak lepas ni
aku kena amik jukken(entry exam) which is sangat susah nak dapat
so taktau la samada nak kerja terus atau masuk dai amik degree
tengok la kemampuan aku masa tahun 5 nanti

mesti mak ayah aku sedihkan kalau dorg tau anak depa macam ni kat jepun
macam tak layak je dok jepun
betul cakap sensei aku kat malaysia dulu
kalau rasa tak mampu belajar kat jepun jangan pegi
membazir duit KERAJAAN je
T_T

Saturday, December 11, 2010

MY new GADget

hey guys
boiz and galz
it is has been so long i didnt post any new entry
as you know
i'm quite busy for past 2 weeks
i have my mid term exam
having fun with my friends
and also
i trying to catchup my favorite anime
ONE PIECE

ok cukup lah latihan berbahasa inggeris untuk kali ni
bukan pa
next week aku ada exam TOEIC
so kena la practise untuk mencapai grade tinggi kan
well
kat jepun neh
amat susah sebenarnya nak cakap english
semua cakap jepun
sampai at 1 stage
i feel like want to kick their ass
mana taknye semua nak pakai bahasa jepun
pakai la bahasa standard which is bahasa melayu inggeris
bengang je aku
ok back to the title
merepek banyak sangat tak kena mengena dengan title buat pe kan

ok kali neh aku nak cerita pasal gadget aku yang aku budget sangat best
bukan pada hempa tapi pada aku ye
apakah benda tu???
aku namakan beliau sebagai
MISS AIFY(disebut sebagai miss aifai)
apekah itu??
hah ni la nak habaq mai neh

MISS AIFY yang aku dok uar2 kat fesbuk tu
sebenarnya DESKTOP BARU aku
kepada yang tak tau desktop tu ape
desktop ialah sebuah komputer yang bukan boleh diriba(LAP)
ianya harus diletakkan diatas(TOP) meja(DESK)
oleh itu namanya DESKTOP(atas meja) dan bukan LAPTOP(atas riba)


so mana aku dapat nama AIFY neh??
aify neh sebenarnya menunjukkan jenis processor yang aku pakai
sebagai permulaan neh aku pakai processor CORE i5
maka AIFY=i5 sebab bunyinye hampir2 sama
kotak core i5
apakah itu CORE i5??
core i5 ialah antara processor yang not-s0-so power dalam keluarga komputer
ianya lebih hebatd dari core i3 and ceroi ckit daripada CORE i7 yang menjadi kegilaan kepada gamerz didunia yang FANA ini
aku tak sure core i3 tu macam mana tapi
kore core i5 neh boleh running 2 physical memory and 2 virtual memory
which mean agak laju la bila kita maen game ke edit2 gambar ke
tak goncang la gua cakap lu
TAPI
core i7 lagi la gempak
4 physical and 4 virtual memory sekali running
pergh tu bukan setakat tak goncang
confirm tak sangkut punya la main game
nape aku tak angkat i7 terus??
mahal sangat kot
haha

kalau setakat processor je yang not-so-s0 gempak neh mana cukup kan
so kita harus lah power up lagi dari segi kualiti graphic
tapi demi menjaga bajet so aku angkat je la yang murah
iaitu MSI R5670-PMD1G V2
graphic card
spesifikasinya boleh tahan la
DDR5 1GB
cukup la setakat buat main game ringan2
yang penting HD boleh sapot

last but not list my monitor la
monitor la paling susah aku nak decide nak angkat mana
macam2 brand ada kat jepun neh
LG la BENQ la SAMSUNG la
dah la brand satu masalah
nak pulak pilih LCD screen ke LED screen
size pulak nak 23 inch ke atas
tambah lagi satu masalah kalau boleh nak ada dua HDMI port
satu port untuk my beloved sony PLAYSTATION 3
and lagi satu untuk newey-beloved AIFY
last2 aku angkat neh terus
LG LED 23inch
LG LED MONITOR 23INCH
walaupun takdak 2 HDMI port dalam neh
tapi aku gagahkan juga bagi boleh
DV-I port untuk AIFY and HDMI untuk PS3
boleh la layan
gambar pun cun
LED gua cakap luuu
haha

then other accessory
sound speaker creative ch2.1 sebijik yang aku beli 3 bulan dulu
then dengan wireless keyboard and mouse
webcam pulak made in japan by BUFFALO

total cost---->RM rahsia
tapi boleh ikat perut gak la
ini gara2 MR AISAN yang sangat slow tu
sapa dia pulak??

MR AISAN ialah laptop pinjaman daripada kolej
made by fujitsu
kenapa AISAN??
san tu dalam bahasa jepun bermaksud TIGA
which is in english is tree three
so laptop free ni memiliki processor CORE i3
yang sepatutnya laju
akibat aku heavy-used sangat laptop aku neh jadi slow tahap gaban
sebab tu aku beli AIFY tu
huhu

so macam mana???
poyo tak aku???
semua nak habaq orang yang aku ada gadget baru
haha

Monday, November 22, 2010

yeah he is me

dalam dok nak exam SPM midterm neh
sempat pulak aku nak post entry
takpelah
juz nak hilangkan tension belajar
walaupun aku tak belajar pun
by the way esok whole japan cuti
so relax2 sudeh

aku nak tanya blog walkers sekalian la kan
masa korang bukak profile fesbuk orang lain
pernah tak tengok gambar2 diorang??
especially yang tak dikenali la

ok aku memang suka tengok pic kat profile orang lain
yela kadang2 bukan aku kenal pun sapa hempa neh
maen add je kan
so tengok la sapa korang neh
bukan stalker okay
I stalker fesbuk miss f je

tapikan kalau hempa perasan la kan
ada sesetengah fesbuk user neh selalu promosi gambar depa
tak kira laki tak kira ladies
ada je picture2 "me!!!","it is me" and macam2 lagi tajuk album depa
dalam album tu penuh gambar2 depa dok posing je

aku tak berkenan sangat tengok gambar2 depa 2
maybe aku tak tau perasaan depa kot
so entry kali ini
aku cuba untuk menghayati perasaan depa2 neh
syok ke post gambar sendiri kat fesbuk???










 ok so apa hempa rasa bila tengok gambar "me" aku 2??
mesti rasa nak muntahkan??
haha
camni gak la aku rasa bila tengok album "me" tu
aku pun tak bubuh "me" dalam album aku
haha

tapikan ada untung gak hempa buat macam ni
senang nak tau sapa hempa
haha

Saturday, November 20, 2010

mencari cinta sang merah

aih dah lama rasanya aku tak post entry baru
mesti korang tertunggu-tunggu kan??
pergh bajet seh aku neh

tengok title macam love2 kan??
hah ini bukan love2 yang macam "dia pilih klcc dowh"
sebenarnya nak cari kat tsuyama yang terchinta ini
daun2 merah yang berguguran
yela sekarang ni kat jepun dah musim luruh
kena la cari tempat2 yang boleh ber-autumn-in-my-heart
dengan my lovely miss f
miss f bukan ke kat malaysia???




tapi hasil hari ini kurang berhasil
sebab tak sempat nak explore seluruh tsuyama

so ini la result hasil perjalanan ku
dah macam tulis report daaa








apabila mr kiss disalahgunakan





and akhirnya jumpa juga
tapi tak romantis la kalau dating kat sini
  
tak pela
maybe next time aku berjaya juga jumpa tempat2 yang best
sekarang neh kan mood exam
tak boleh nak jalan2 banyak sangat
ada kete boleh la g tempat best2
neh rxz 10cc je
basikal la tu
mana leh g jauh

ok la my dear
aku exam 2 minggu lagi
so wish me gud luck ye
adioss!!~~~~~

*camne nak wat love2 kat blog ye???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...