nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Wednesday, October 27, 2010

Dilema Sang Lelaki Romantik

tajuk gempak tak??
dont judge a blog with its name
penting tu
kena ingat

by the way
aku bukan nak cite pasal laki romantik ke apa ke
sebenarnya nak cerita pasal gadget terbaru aku
canon eos kiss x3
sebuah Dalam Sepi Lelaki Romantik(DSLR) camera
harga??
takde la mahal sangat
tapi boleh gak la buat aku ikat perut untuk beli mr kisses neh
takpe
yang penting
biar pape asal bergaya

asalnya aku nak beli canon eos 50d
tapi kalau beli yang tu
memang ikat perut 2 bulan arr
so
angkat jela mr kisses neh
nape aku tak angkat nikon??
aku tak minat nikon
mungkin pengaruh senpai aku kot

by the way
camera neh kalau kat malaysia nama dia canon eos 500d
nak kata hebat tu takde la
just untuk beginner macam aku neh boleh arr

so dah ada camera cam best neh
mesti nak tengok gambar2 apa yang aku snap kan??
of coz la bukan maria ozawa atau cikgu suraya versi jepun
aku suka snap nature je
so tengok la gambar amateur aku neh
takde la gempak sangat



gambar 1

gambar 2
korang tengok dua gambar yang kat atas tu
sebab apa aku suka DSLR neh
sebabnya kita boleh adjust focus lens tu
contohnya gambar(1) aku fokus kat daun hijau tu
gambar(2) aku fokus kat daun background tu
aku rasa sangat menarik bila tengok ada certain part jadi kabur
:)

ok
itu antara gambar2 awal yang aku snap lepas aku beli camera neh
so maybe agak tak cantek
ye la
beginner
memang camtu
mana ada baby lahir2 terus boleh snap gambar pakai DSLR cantek2


overall aku berpuas hati dengan kamera neh
camera digital canon IXY 12.1MP yang aku beli tak sampai 2 bulan dulu
tak cukup puaskan nafsu bergambar aku
:D



*suhu sekarang sejuk giler..dah mengigil dah..macam taknak mandi je ;p
**sedih sebab kantoi ngn sensei tiru report senpai T_T

Monday, October 25, 2010

sambutan hari raya lagi????

pada 23hb oktober telah diadakan majlis sambutan hari raya sekali lagi di okayama university japan
walaupun tak ramai sangat tapi meriah beb
lauk pun sedap2 belaka
sampai tak larat nak habes kan ;p






spot the difference between these picture
picture A

picture B







kata jamuan raya tapi takde makanan pun
kalau nak tengok apa yang disajikan boleh tengok kat link neh
gambar raya fb tu jugak..hehe

ps:kepada individu yang terlibat dialog itu hanya rekaan semata-mata

Friday, October 22, 2010

bila berkaraoke

ternyata aku tak mampu buat karangan dalam blog
aku tak pandai berkarya la
tapi nak gak luahkan hasil kreatif aku
so aku berblog dengan cara aku sendiri
jadi dengan itu aku mempersembahkan

tapi sebagai persembahan warming up aku kasi lagu aizdean dulu



seterusnya main concert
cover by muhammad shafiq dan wan azri
aishitai aisenai (I can't love you; I want to love you)
kepada yang tak sedap perut dinasihatkan jangan tengok
video
 

amacam???
sedap???
please comment :)

Friday, October 15, 2010

kengaku (見学 / lawatan sambil belajar)

sampai je bilik terus bukak blog
nak cepat2 post entry neh
kang kalau aku tangguh aku lupa

date : 14~15 october 2010
location: 14hb (sekitar osaka terutamanya namba)
15hb (himeji)
activity: 14hb (membeli belah sambil ushar awek osaka)
15hb (kengaku istana himeji dan himeji no 1 power plant)
penginapan: super hotel (9jam = 3600yen = RM126)

seem aku tak pandai nak mengarang so aku explain melalui gambar je

walaupun hari kerja orang tetap ramai kat namba ni

ini dalam densya(電車/train)

bangunan 2 tingkat dijadikan parking beskal..1 hari 100yen=RM3.50

yang ni pulak parking kete..penuh dengan teknologi oo..nak tau kena tanya aku

kat jepun,nak bayar duit hotel pun pakai vending machine
member2 aku
tak nak explain..pass

aku ajak member2 aku makan kari
ni 1st time untuk member2 aku makan kari india..depa semua merah muka time makan..berpeluh-peluh makan..by the way..kari kedai ni memang pada orang jepun..pada aku biasa je..tapi ada gak member aku yang terus suka..betul ke tak aku tak sure la..orang jepun ni selalu cakap depan lain belakang lain..apa-apa pun kedai ni ayam dan daging die halal..ada cop halal lagi tu..hehe
yang ni pun aku pass
ok tamat untuk hari pertama
hari pertama banyak window shopping je
takkan nak tunjuk gambar2 fashion jepun dak?? :D

2nd day~~~

hmm mula-mula kami jalan2 dulu kat himeji-jo..tapi.......................
ini tutor aku

zoo tapi kami tak masuk la


ini istana himejijo..tapi takleh masuk sebab in construction
 istana ni mengikut kata member2 aku shiro(城/istana) ni je yang masih memaparkan artifak2 original..kalau pegi shiro lain mostly dah tak original

malaysia vs japan
lepas buat aktiviti yang tak bes kat himeji-jo,kami pun gerak pi himeji daiichi power plant
sedikit info pasal himeji daiichi power plant
  • power plant ini supply electric untuk seluruh area kansai
  • terdapat 2 power plant iaitu himeji daiichi dan himeji daini power plant
  • daiichi power plant terdapat 5 turbin yang produce 729000kW
  • daini power plant 6 turbin produce 713000kW
  • sumber utama ialah liquefied natural gas(LNG)..sumber lain adalah hydro dan solar
  • turbin yang digunakan adalah jenis combined recycle turbine
  • dengan turbin ini tenaga dapat dioptimumkan sebanyak 19% daripada standard turbine
  • mendapat anugerah ISO 14001 (environment management)





tenaga solar
tenaga solar yang dihasilkan sebanyak 33kW..tapi tenaga solar ni hanya untuk kegunaan dalaman sahaja seperti lampu,cooler,komputer dan lain2 minor utility dalam kilang ni

tepi kilang ada taman
 sistem pencegahan pencemaran kilang ini menggunakan sistem natural prevention..menggunakan pokok2 sebagai penyerap gas2 berbahaya yang terbebas..thats why kilang ni dapat anugerah ISO14001
replica combined recycle turbine daini power plant by hatachi

replica combined recycle turbine daiichi by mitsubishi

real combined recycle turbine

real turbine standard

ni la taman yang aku cakap tu

view from roof-top power no 1 (daiichi)
mostly LNG ini diimport dari malaysia
bangga seh~~~

aku suke kilang neh
tak rasa macam kat kilang
sebab udara nye segar
very fresh
no wonder dapat anugerah ISO tu
tapi kilang2 sekitar pun mostly dapat jugak anugerah tu
mungkin kilang2 macam ni aku nak apply internship tahun depan
kalau internship lulus cemerlang alamatnya tak balik malaysia la aku

ok
mostly aku rasa best kengaku ni
sepanjang dua hari aku tak cakap melayu
ye la semua orang jepun member2 aku neh
thumbs up untuk kengaku denki denshi!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...