nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Tuesday, October 12, 2010

cinta selamanya


MENGENALIMU...
perkenalan kita tidak dijangka
seolah-olah Allah sudah menjodohkan kita berdua
ku mengenali mu melalui abang ku
abang ku selalu menceritakan kecantikkan dan kesempurnaan mu
abang ku memuji mu seolah-olah tiada lagi yang dapat menandingi mu
aku terus jatuh cinta


JATUH CINTA.....
mengenali mu ku kenal erti cinta
lenggang lenggok mu
suara merdu mu
paras rupa mu sangat menawan hati bujang ku ini
aku yakin tiada lagi yang dapat membidik hati ku ini dengan panahan suci mu
KU JATUH CINTA...........


ALAM PERCINTAAN.....
setelah lama ku mengayat
akhirnya kau menjadi milikku
walaupun bukan milik mutlak
tapi aku sangat gembira kerana memiliki cinta dari mu
terasa dunia ini indah belaka
ketika ku perlukan mu
kau disamping ku
ketika kau dalam kesusahan
aku mencurahkan kasih sayang ku
agar kau tahu aku sentiasa bersamamu
susah atau senang
I love you baby


CABARAN CINTA....
semakin hari semakin sayang
aku semakin mengenali mu
hampir tiap-tiap bulan aku tahu akan 'kebocoran' mu
aku tak kisah
aku sediakan tisu untuk mu
demi cinta ku
hampir tiap-hari hari kau dahagakan cecair ajaib itu
ku turuti sahaja
kerana ku tahu
kau pasti gersang sekiranya tidak mendapatnya
setiap pagi aku mandikan kau
aku lap setiap pelusuk tubuh mu
ingin ku mengenali dirimu dengan lebih terperinci
kerana suatu hari nanti aku pasti
kau akan menjadi milik mutlak ku kelak
aku terlalu sayangkan mu



LANGIT TIDAK SELALU CERAH...
sudah dua tahun kita bermadu asmara
tanpa jemu
kau menjaga ku
aku mencukupkan mu
tiba-tiba kau bersuara
kau katakan kau sebenarnya tidak lagi suci
kau katakan kau pernah dirobek
kenapa mesti sekarang kau beritahu ku
sesudah banyak pelaburan telah ku lakukan terhadap mu
kenapa kau rahsiakan perkara sebesar ini kepada ku???
tapi tidak mengapa
itu semua sejarah hitam mu
aku sedia menerima mu dengan seadanya
tapi
aku harus lah menebuk mu
atas kesilapan yang kau lakukan dulu
aku harus memastikan yang gaya tujahan mu masih lagi anggun
dan mantap
seperti mana kau suci waktu dahulu



PERPISAHAN....
akhirnya sudah tiba waktunya untuk kita berpisah
aku harus menyambung pelajaran ku
agar dapat ku menyara mu masa emas kelak
aku pergi tak lama sayang
5 tahun je
setahun sekali aku pulang melawat mu
tetapi
tak ku sangka
kau akan pergi meninggalkan aku
pergi untuk selama-lamanya
mungkin jodoh kita tidak panjang
kau rosak teruk
dan akhirnya abang ku jualnya kepada orang lain
ku pasrah........

IN MEMORY

2008~~2010
walaupun kita tidak bersama lagi,aku masih menyayangi yamaha RXZ (JBX 2950)

2 sudah menulis:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...