nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Friday, October 15, 2010

kengaku (見学 / lawatan sambil belajar)

sampai je bilik terus bukak blog
nak cepat2 post entry neh
kang kalau aku tangguh aku lupa

date : 14~15 october 2010
location: 14hb (sekitar osaka terutamanya namba)
15hb (himeji)
activity: 14hb (membeli belah sambil ushar awek osaka)
15hb (kengaku istana himeji dan himeji no 1 power plant)
penginapan: super hotel (9jam = 3600yen = RM126)

seem aku tak pandai nak mengarang so aku explain melalui gambar je

walaupun hari kerja orang tetap ramai kat namba ni

ini dalam densya(電車/train)

bangunan 2 tingkat dijadikan parking beskal..1 hari 100yen=RM3.50

yang ni pulak parking kete..penuh dengan teknologi oo..nak tau kena tanya aku

kat jepun,nak bayar duit hotel pun pakai vending machine
member2 aku
tak nak explain..pass

aku ajak member2 aku makan kari
ni 1st time untuk member2 aku makan kari india..depa semua merah muka time makan..berpeluh-peluh makan..by the way..kari kedai ni memang pada orang jepun..pada aku biasa je..tapi ada gak member aku yang terus suka..betul ke tak aku tak sure la..orang jepun ni selalu cakap depan lain belakang lain..apa-apa pun kedai ni ayam dan daging die halal..ada cop halal lagi tu..hehe
yang ni pun aku pass
ok tamat untuk hari pertama
hari pertama banyak window shopping je
takkan nak tunjuk gambar2 fashion jepun dak?? :D

2nd day~~~

hmm mula-mula kami jalan2 dulu kat himeji-jo..tapi.......................
ini tutor aku

zoo tapi kami tak masuk la


ini istana himejijo..tapi takleh masuk sebab in construction
 istana ni mengikut kata member2 aku shiro(城/istana) ni je yang masih memaparkan artifak2 original..kalau pegi shiro lain mostly dah tak original

malaysia vs japan
lepas buat aktiviti yang tak bes kat himeji-jo,kami pun gerak pi himeji daiichi power plant
sedikit info pasal himeji daiichi power plant
  • power plant ini supply electric untuk seluruh area kansai
  • terdapat 2 power plant iaitu himeji daiichi dan himeji daini power plant
  • daiichi power plant terdapat 5 turbin yang produce 729000kW
  • daini power plant 6 turbin produce 713000kW
  • sumber utama ialah liquefied natural gas(LNG)..sumber lain adalah hydro dan solar
  • turbin yang digunakan adalah jenis combined recycle turbine
  • dengan turbin ini tenaga dapat dioptimumkan sebanyak 19% daripada standard turbine
  • mendapat anugerah ISO 14001 (environment management)





tenaga solar
tenaga solar yang dihasilkan sebanyak 33kW..tapi tenaga solar ni hanya untuk kegunaan dalaman sahaja seperti lampu,cooler,komputer dan lain2 minor utility dalam kilang ni

tepi kilang ada taman
 sistem pencegahan pencemaran kilang ini menggunakan sistem natural prevention..menggunakan pokok2 sebagai penyerap gas2 berbahaya yang terbebas..thats why kilang ni dapat anugerah ISO14001
replica combined recycle turbine daini power plant by hatachi

replica combined recycle turbine daiichi by mitsubishi

real combined recycle turbine

real turbine standard

ni la taman yang aku cakap tu

view from roof-top power no 1 (daiichi)
mostly LNG ini diimport dari malaysia
bangga seh~~~

aku suke kilang neh
tak rasa macam kat kilang
sebab udara nye segar
very fresh
no wonder dapat anugerah ISO tu
tapi kilang2 sekitar pun mostly dapat jugak anugerah tu
mungkin kilang2 macam ni aku nak apply internship tahun depan
kalau internship lulus cemerlang alamatnya tak balik malaysia la aku

ok
mostly aku rasa best kengaku ni
sepanjang dua hari aku tak cakap melayu
ye la semua orang jepun member2 aku neh
thumbs up untuk kengaku denki denshi!!!

2 sudah menulis:

wan azri said... [reply]

fuh hebat blog mu .....

Mohd Pariz Ahmad said... [reply]

bagus la terdedah awai gan enviroment power plant...nanti balik bawa balik gas turbin 1 pasang kat ACF...kalu plant combine cycle mesti ada gak steam turbine...i2 konsep combine cycle..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...