nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Monday, December 13, 2010

luahan rasa versi exam

lelaki dan pompoan sekalian

tetiba hari ni aku rasa nak luahkan sumthg
tak tau nak luahkan kat sapa kan
luah je la kat sini
and
it is about my exam

tadi aku kat okayama ada perjumpaan dengan pegawai JPA
dia saja je jumpa budak2 area okayama which is tsuyama pun termasuk dalam wilayah okayama
so pi la jumpa dia sebab kena ugut tindakan disiplin
haha keras la pulak kata kena ugut kan
tapi sebenarnye pegawai neh baik
puan zaharah nama dia


ok back to main topic
puan zaharah neh dia nak memantau prestasi semua pelajar2 area okayama neh
so of coz la aku termasuk dalam pemantauan dia
bila dia tengok result aku
dia cakap result aku membimbangkan
ok it was true
my result not really good la
agak terumbang-ambing gak aku neh
so puan zaharah cakap aku kena pick up la untuk next exam

SAPA CAKAP AKU PANDAI????
seriusly memang sekarang aku malas nak belajar
aku tak tau silap tang mana
aku asyik meremeh temehkan pelajaran aku
hasilnya result aku semakin hancur
consider teruk gak la
aku cuba pick up untuk mid term yang lepas
tapi tak gak
masih macam tu gak

dulu masa final sem tu
aku kantoi sebab 1st paper on 1st day aku tak boleh buat sebab susah tahap moksya
study btol2 dah subject 2 tapi aku tak boleh buat gak
1st time aku teriak masa exam sebab tak boleh buat
jatuh ego aku sebagai laki beb
lepas tu je aku dah lost of confident nak belajar lagi
mana taknye aku dok harap sangat nak dapat result yang gempak
so that aku boleh dapat suisen(recommendation/endorsement) untuk masuk dai(universiti)
tiba2 aku tak dapat buat paper tu
then terus aku tak study paper2 lepas tu due to kegagalan aku jawab paper 1st tu
giler down aku time tu
hanya Allah je yang tau
giler exam week boleh aku layan anime One Piece


then ke-frustation-nan aku tak habis kat situ
yela sini lepas exam terus kelas
next day lepas hari last exam terus kelas
aku dapat result 1st paper yang aku cakap tadi tu
pergh memang dalam sejarah la
tak pernah kot dalam sejarah student foreigner electric tsuyama dapat 'taik' denki kairo (electric circuit) macam tu
lepas tu 1 demi 1 aku dapat 'taik' subject2 lain
senmon kamoku (subject major) aku hanya 1 je yang lulus on paper
yang lain habes teruk
minor subject ada dapat 0 pulak tu
nasib baik lepas tolak tambah markah report ada 1 je yang gagal
pergh memang aku cipta sejarah di tsuyama
gambar hiasan walaupun memang aku punya..tapi ini markah test je..btw ini orang jepun pn dapat 0 gak sebab test terkejut

sini sistem belajar tak sama macam malaysia
lepas exam tak terus cuti
so kelas macam biasa
yeah i need some holidays for recovering my 'wound'
terus masuk sem baru
aku masih terbawak lagi kekecewaan aku yang dulu
jadi malas dan takde motivasi
tak lama lepas tu
which is 2 minggu lepas
aku exam mid term
20% recovery aku study la jugak
tapi tak hard and smart mana la
dengan kepala hotak aku dok pikir nasib aku kat jepun neh
aku jawab dengan tak seberapa
kali ni takde la 0
kira boleh la kot walaupun masih ada failed on paper lagi
but ada subject yang naik gak la
yang mengecewakan subject favorite aku failed gak on paper
tapi tu salah aku gak la
over confident boleh buat
last2 result tak over mana pun

esok mungkin aku dapat overall result
harap2 takde dah failed overall
sekarang juz harap aku boleh grads dari kolej neh
nak dapat suisen mungkin aku dah tak mampu
dah terlalu terlewat untuk aku bangkit
sebab suisen based on 3 tahun result aku kat sini
andai aku nak masuk dai jugak lepas ni
aku kena amik jukken(entry exam) which is sangat susah nak dapat
so taktau la samada nak kerja terus atau masuk dai amik degree
tengok la kemampuan aku masa tahun 5 nanti

mesti mak ayah aku sedihkan kalau dorg tau anak depa macam ni kat jepun
macam tak layak je dok jepun
betul cakap sensei aku kat malaysia dulu
kalau rasa tak mampu belajar kat jepun jangan pegi
membazir duit KERAJAAN je
T_T

0 sudah menulis:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...