nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Sunday, December 19, 2010

terms and conditions of japan's product *update*

recently aku banyak sangat dapat tempahan kawan2
suruh beli barang2 electronic jepun neh
well aku kan dok kat jepun
so depa amik peluang la suruh aku belikan macam2
betul tak??
aku pun tak ralat sangat dgn depa neh
boleh je aku nak tolong
sapa lagi nak tolong kalau bukan kawan macam aku
betul tak??

lagipun aku rasa macam neh boleh mengeratkan hubungan silaturrahim
walaupun depa just gunakan aku untuk beli macam2
dah dapat barang dah taknak contact aku langsung
taknak la macam tu
frens forever kan

aku dah hadapi banyak masalah dalam sesi membantu ini
so aku buat satu term and condition kepada sapa2 nak mintak tolong aku

GOLONGAN YANG LAYAK
  1. family serta sanak saudara terdekat
  2. kawan-kawan dari alor pongsu,smk seri perak,mrsm langkawi,plkn kisana beach resort,utmkl,ktj..terhad kepada yang aku kenal sahaja
*kepada insan yang aku tak kenal i have to say sorry

JENIS BARANGAN
  1. segala jenis barang electronic yang aku mampu beli melalui internet..kalau nak suruh aku pi kedai beli sorry..aku takdak masa untuk semua itu..aku beli pn pakai internet korg nk lebih2 plak
  2. untuk kereta aku tak sediakan service itu kerana sangat menyusahkan aku tambah2 nak pakai AP aku atau nak suruh aku beli AP orang..kalau nak jugak boleh tapi akan diceritakan pada bahagian harga
 *untuk lens canon aku sarankan jangan sebab lens canon malaysia yang buat
**iphone sangat mahal ye kat sini kalau nak baru..so better dont ask me about that

HARGA BARANG SERTA CAS PENGHANTARAN
  1. mudah sahaja..ikut harga barang tu..kalau 3000yen 3000yen la korang kena bayar..ini TAK termasuk cas penghantaran yang dikenakan terhadap aku dan yang nak hantar kat korang..and aku takkan convert nilai duit tu so korang convert sendiri la ye..100yen=RM3.60 lebih kurang
  2. cara nak bayar just transfer duit kepada bank aku di jepun ini..boleh tanya aku segala maklumat yang diperlukan
  3. atau kalau pakai kad kredit korang pun takde masalah tapi dengan syarat korang kena jugak transfer duit delivery kat aku..pasal kad kredit neh aku jamin aku tak pakai untuk kepentingan aku sendiri,,dah setel aku delete pasal kad kredit korang..JANJI
  4. cas penghantaran untuk sampai dalam seminggu(air mail) ialah 3000yen untuk item bawah 2kg..kalau lebih akan dikenakan cas mengikut berat
  5. untuk sebulan keatas(kapal laut)..item bawah 2kg hanya 1000yen..lebih dari itu mengikut berat
  6. servis perkhidmatan akan dikenakan sebanyak 1500yen..duit ini untuk aku ye :)
  7. kalau nak tunggu aku bawak balik malaysia aku kenakan cas RM50 ye..yela sebab barang korang tu buat berat bag aku
  8. INI PALING PENTING..korang wajib transfer dulu duit tu baru aku belikan..kalau tak aku takkan beli..
  9. untuk pasal kereta boleh tapi 100% dibiayai oleh korang..segala cost perjalanan aku,telefon,makan minum serta hotel aku kat sana(tempat jauh)dsb nya tak termasuk cas servis anda akan tanggung..kalau nak hanya waktu cuti sahaja..boleh tanya aku cuti bila..servis 10000yen..AP takkan disediakan..kecuali anda beli dari aku dengan harga 100% harga kereta tu..haha..harap maklum
JAMINAN BARANG
aku takkan bukak barang tu kecuali korang yang suruh bukak..aku akan cuba untuk memastikan barang korang selamat selagi ditangan aku..kalau dah hantar kat pejabat pos aku TAKKAN bertanggungjawab..
AMARAN:aku terpaksa declare apa barang korang tu serta nilainya..kalau tak,tak boleh nak post..jepun very strict ok..so apa2 yang terjadi selepas aku taktau la ye..untuk barang lebih 20000yen ada potensi dapat balik nilai yang aku tulis tu..itu jaminan pejabat pos jepun

setakat ni itu jela kot..apa2 aku update nanti

0 sudah menulis:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...