nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Wednesday, January 26, 2011

formspring.me

akhirnya untuk pertama kalinya
aku telah sign up dengan intelligent-nya
sebuah lagi produk laman sesawang
iaitu hencek formspring


boleh tanya aku kat sini http://formspring.me/shafiqaroy

Saturday, January 22, 2011

fiqnography

assalamualaikum..

rasanya dah lama aku tak post entry pasal photography neh kan
bagi yang tak tau apa itu photography
Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya
 kenapa aku letak nama blog aku pornography fiqnography

ini kisahnya
asalnya aku wujudkan blog ini hanya la untuk mempamerkan kekretivitian aku dalam mengambil gambar
sebab tu ada 'graphy' yang bermaksud berus lukisan(tak relativity disini)
'fiq' tu pulak nama aku la
and yang menjadi sensasi adalah 'no'
no dalam bahasa jepun ialah 'の' yang bermaksud kepunyaan
bukan sebab aku amik dari pornography punya "no" ye
so bila gabung2 semua jadi la "berus lukisan kepunyaan fiq"(???)

ok habes pasal topic sejarah melayu purbakala
balik kepada topic asal
entry kali ini nak post sikit gambar2 yang berjaya disnap
semasa cuti musim sejuk hari tu
goran shite kudasai(sila la tengok)

masjid jamek tokyo 2010/12/26 2:38:51PM
shutter speed:1/60 aperture value:5.0 exposure:0 ISO:100 lens: EF-S18-55mm f/3.5-5.6 IS

gambar tak berapa nak kemas
sebab aku masih baru lagi dalam dunia photography
ini experiment aku untuk tangkap moving object

shibuya 2010/12/31 7:39:38PM
Shutter Speed:1/50 Aperture Value:1.8 ISO Speed:320 Lens:EF50mm f/1.8 II
dalam gambar neh aku cuba untuk aplikasikan teknik depth of field
tapi rasa macam tak jadi je
depth of field neh adalah teknik untuk adjuz fokus lens camera hang
yang dekat akan nampak clear and semakin jauh semakin blur gambar tu
by the way shibuya adalah the world's busiest pedestrian crossing
boleh tengok yang neg kalau tak percaya



ok next

harajuku 2011/01/0 4:51:10PM
Shutter Speed:1/60 Aperture Value:1.8 ISO Speed:200 Lens:EF50mm f/1.8 II
sekali lagi tekni depth of field diaplikasikan
nothing interesting
btw harajuku adalah tempat segala fesyen2 baju
dan juga tempat cosplay pada hari ahad
kat sini la 1st time aku jumpa kedai2 jepun jual baju macam uptown
tapi branded oo
and kiut2 serta smart2 gak
sempat gak aku sambar sehelai sweater kat sini
huhu

 nagano 2010/12/29 8:01:19AM
Shutter Speed:1/100 Aperture Value:5.6 ISO Speed:100 Lens:EF-S18-55mm f/3.5-5.6 IS

ini adalah satu teknik yang sangat enak dibelajar
aku dapat teknik ini daripada seorang kawan aku yang tak de DSLR pun
credit to khairil azuwa
ape yang istimewanya gambar ini??
istimewanya ialah sebab gambar ini seolah2 dishoot oleh binocular sniper
fokus hanya dicentre lens
sebagai contoh aku fokus dekat manusia tu
dan lakukan gerakan misteri
seolah olah aku sedang bergerak laju ke arah beliau
jadi la gambar cam kat atas tu
huhu

last but not list
ingin berkenalan dengan photographer??
masih single but not really available
haha
see ya!

Saturday, January 15, 2011

route to japan

assalamualaikum

hye boiz and lads
entry kali ni aku nak cerita sikit pasal life aku sepanjang menuntut ilmu persediaan ke jepun
setahun yang lalu
entry ini ditulis kerana sebagai kenangan aku dan kawan2 semasa belajar dahulu kala
dan juga entry kali neh ditulis kerana keseronokan melihat kohai2 ataupun dalam bahasa jawanya junior2 aku mendapat result exam yang menentukan kelayakkan mereka ke menara tokyo

ok damn terasa macam formal sangat ayat diatas
biar aku simplekan dan merapukan sebaik yang mungkin
untuk pengetahuan rider2  reader2 skalian
untuk menyambung pengajian ke jepun hang harus lulus dengan gilang gemilangnya masa SPM
lepas tu boleh apply pemohonan untuk sambung belajar di jepun di laman sesawang(peliknya bunyi) Jabatan Perkhidmatan Awam
setelah mendapat green light daripada JPA maka sedikit peluang belajar dijepun semakin cerah
tetapi langit tidak semestinya cerah sokmo bak orang qlate ghoyak
hang mestilah menlepasi temuduga yang agak2 mencabar
sekiranya anda sukses dalam temuduga tu
only then hang layak untuk meneruskan pengajian di pusat persediaan luar negara


ok tadi randomly pasal langkah2 untuk melangkah ke jepun
sekarang ini kisah aku
tak nak cerita panjang
dulu masa 1st year aku masuk persediaan di UTM kampus kuala lumpur atau nama glemer dia UTMKL
program aku dipanggil pusat persediaan kajian teknikal jepun(PPKTJ)
kat sini sebagai kohai aku mula kenal apa Japanese yang sebelum neh yang aku tau japanese=maria ozawa(shit!!)
kat sini mula la beljar bahasa2 dia
budaya2 dia
dan tak lupa jugak subjek2 teknikal seperti kimia, fizik dan ilmu kira2
subjek2 teknikal ini belajar still dlm english

masa dok kat utm neh bapak gila heaven siot
jalan kaki boleh smpai KLCC
lagak seperti orang berada
tiap2 minggu lepak KLCC je
kalau tak KLCC pavillion
tak pavillion lorong haji taib(another shit!)




setahun di UTM kemudiannya terpaksa berpindah kampus
untuk tahun kedua aku dan geng2 rempit aku berpindah ke uitm shah alam kampus INTEC
ok dok sini tak heaven ok
semua 'facilities' yg syurga2 banyak takdak sebab jauh
tapi ok la
environment kat INTEC banyak menyuruh student dia belajar dengan tekun dah bersungguh-sungguh
kat sini program kami dipanggil kumpulan teknikal jepun(KTJ)
untuk sesi tahun dua ini
semua subjek adalah dalam bahasa punyu munyu jepun
gempak tak??
susah2 aku belajar dalam english 5 tahun last2 end up dgn bahasa jepun
sapa suruh pi jepun capik oiii
walaupun both tempat belajar yang berbeza
tapi lecturer aku semua sama je
kecuali yang dari malaysia
sebab depa terikat dengan Universitas masing2
kalau sensei2 jepun depa terikat dengan JPA
mana kami pegi disitu mereka setia menunggu

belajar dekat persediaan neh belum menjamin hang sampai jepun
hang kena jawab exam yang di-made in-kan japan
exam neh dipanggil monbunkakusho
exam yang paling unik pernah aku lalui
exam hari isnin,selasa,dan rabu then keputusan hari jumaat pada minggu yang sama
which mean
kalau hang tak boleh jawab paper isnin ke selasa ke rabu ke
tak sempat kering air mata lagi hang akan nanges lagi pada hari jumaat
exam ini sangat penting
andai tak lulus maka tak jejaklah kaki hang dijepun dengan lesen JPA

masa aku nak tunggu keputusan exam neh punya la debaq
pagi tu kami lepaking kat rumah kami
kohai pulak pi kelas macam besa
tup2 kohai pi habaq yang ada 5 orang gagal exam tu
hati mula menjadi resah
semua muka dah merah2
mengenang sapakah yang kurang bernasib baek
nak pulak kohai aku cakap fail math or fizik aku tak ingat..aku lupa dah
masing2 mula ingat balik peristiwa berdarah masa jawab paper2 tu
aku risau gila2 vavi paper math aku time tu
aku rasa macam aku banyak careless mistake
hati jadi gundah gulana
mesej2 awek mula tak dilayan walaupun beliau dengan tanpa henti memberi kata2 semangat

hari tu lepas semayang jumaat
hati aku masih tak tenang
so aku terus duduk dalam masjid
terus menerus berdoa agar aku dapat pegi kejepun
depa habaq yang result keluar pukul 4
so lepas asar aku pun pi ke kampus
bersama rakan2 ku untuk menunggu keputusan
tunggu punya tunggu
kalau selalunya bila bersama kawan2
maria dan cikgu suraya sudah pasti tidak lekang dimulut
tapi kali neh muka2 everybody tak tenang
semua dok asyik pikir "lepas ke aku neh?"
suasana sangat tegang masa tu
lebih kurang pukul 7 macam tu result pun keluar
TADA~~~~~
ini lah muka2 yang seronok selepas tak tenang hidup dalam seminggu
alhamdulillah daripada 75 orang yang amik persediaan neh
72 orang berjaya menawan puncak menara tokyo
haha

Sunday, January 9, 2011

bila orang dah tag aku, tak kan aku nak wat tak tau kan kan :)

dah sekian lamanya
baru aku teringat senpai aku ada tag aku pasal soklan2 neh
so rasanya adalah sangat manis dan romantis kalau aku jawab kan
soklan tak susah mana
bukan macam spm2007 pun
hanya kbkk yang memerlukan pemikiran jitu dan bergaya

Sijil Pelajaran Malaysia 2011

SUBJEK KBKK

2:40-6:00 petang
2011/1/9

sila jawab soalan berikut dan berikan jawapan paling bernas yang anda fikirkan. jawapan haruslah diisi di ruang yang disediakan.

1. pe bnda yg paling penting dlm hdup korang?
jenuh gak neh aku pikir..sat na nak pikiaq
(20 minit kemudian)
hah dah ada jawapan..benda paling penting bagi aku adalah spender or boxer..cuba la kan tak kira lads ke gents ke keluar pi jalan2 tak pkai ciptaan manusia yang takdak tolok bandingan tu..hang mesti rasa macam tak cukup sempurna je kan..lagi2 pi dating..carca merba oo..
(yes fullmark untuk jawapan ini)

2. benda terakhir korang beli gune dwet sendiri?
 sangat simple soalan ni..sekilas pandang pun je aku boleh jawab..aku beli SPENDER ZARA..haha
3. di mana korang nk melangsungkan perkahwinan korang?  
hah yang neh sangat mencabar..kena pi tanya tuk nujum dulu baru boleh jawab neh..hmm..kat mana ye..takkan kedai spender zara lagi kan..kita perlu jawab dengan kritis dan inovatif untuk meningkatkan produktiviti negara(10markah disitu)..kat mana tu aku tak kisah la..kat malaysia boleh kat jepun boleh..tapi kalau kat jepun neh masyuk sikit..boleh aku book satu flight MAS bawak family ngn kenalan2 mesra aku kan..tapi kalau kat jepun aku nak kawen dengan sapa???
hiasan semata-mata


4. adakah korang sedang bercinta sekarang ?
kalau senpai aku jawab dia cakap family..ok kalau family memang la in love..confirm..tanpa ragu2..tapi kalau yang dengan bukan ajnabi i will say NO KOMEN(macam artis la capik neh...eeuuwww)
*refer this link 

5. berape lame korang akan menyintai kekasih korang? 
saya rasa pihak pengubal soalan harus mengubal semula soalan anda ini ye..sangat abstrak

6. dimane korang selalu jumpe kekasih korang ?
of course dekat ZARA..beli spender sama2..sangat sweet2 sour gitu..haha

7. novel/ buku/ majalah yg terakhir korang beli ?
aku penah beli buku ke??ada2..majalah fesyen summer spender ZARA..haha

8. apekah name penuh korang?
ceh senang..MUHAMMAD SHAFIQ BIN AHMAD BIN HASHIM BIN AWANG..shafiq tu maksudnya penyayang yang hot tau..so kepada lads2 nak berkenalan dan ingin shopping 'ehem2' dekat zara boleh contact saye k

9. antare mak n ayah korang, mane korang lg mesra?
anak bongsu yang romantik la katakan..mesti la dengan mak die yang caring tu..hehe

10. namekan org2 yg betol2 korang nk jumpe dlm hidup.
miss F(suddenly i miss her)

11. adekah korang basuh baju sendiri ?
penat je pereka mesin basuh  dok develop idea yang kritis kalau kita tak guna dengan sebaik2nya kan

12. di mane tempat yg korang betol2 nk p?
kemana sahaja yang hati aku ingin pergi..janji ada duet semua aku leh pi..tapi kalau boleh nak g paris ngn miss F..huhu

13. pilih salah satu peluk atau cium?
 kalau dari segi otak aku yang porn neh(pengakuan berani)..aku pilih hug..sebab bila dah hug secara tidak sengaja aku boleh kiss kan..tol x??
kalau dari segi pemikiran waras yang diadun dengan ilmu agama hasil bimbingan hajjah sapiah dan haji ahmad andai tak kawen lagi aku tolak both..cecece


14. beritahu 3 perkare tentang org yg tag korang?
  1. senpai aku
  2. gila kamera
  3. gila perempuan..hahahaha(tipu2)
 15. 5 benda yg korang syg sgt dlm hdup korang
  1. tadi dah tanya kan..hmm spender dan boxer
  2. camera eos kiss x3 aku..(i love u babe)
  3. iphone
  4. rxz(sudah dijual T_T)
  5. miss F..dia la benda dia la orang dia soul..huhu manisnye
  16. 5 lagu korang suke n selalu dengar
aku rasa lebih dari 5 neh..bagi jawapan mudah je la ye..sila click link untuk semua lagu penuh..haha

17. bile tarikh lahir korang n korang sambut besday bile tahun lepas?
10 feb tahun kuda..hah yang ni sedih sikit..actually aku dah lama tak sambut birthday..last aku sambut birthday pun tahun 1997..tu pun share dengan kak,anak saudara aku sekali..sedih kan??aku yang hot ni tak pernah pun ada birthday parti sendiri T_T

lepas tu ada 2 lagi soklan yang nak suh aku tag orang..tapi aku tak tag orang la..haha..cukup la fenomena lelaki hot macam aku neh terhenti disini

orait..harap2 dapat dapat markah tinggi..kalau tak naya je jpa tarik biasiswa aku..haha 

persoalan:ZARA ada jual underwear ke???

luahan rasa versi cinta

kehadapan blogwalkerz

assalamualaikum,
apa khabar orang disana?alhamdulillah walaupun cuaca sangat sejuk dibawah takat beku, saya masih dapat lagi menghirup udara segar tsuyama. kecantikkan,keindahan dan permainya di negara matahari terbit ini membuatkan saya begitu girang serta teruja.

orait cukup untuk setakat tu pasal karangan BM spm 2007
kang aku tulis banyak2 melampaui batasan manusia hang meluat pulak baca
kan2??
tak baik tipu
tipu dosa
yes
memang tipu dosa
kan2??

ok entry kali neh aku nak cite pasal soklan2 panas yang aku terima sejak 2 3 hari neh

1st aku nak cerita pasal semalam(7/1/2011) masa aku tepon mak ayah aku
sekarang mak ayah aku ada kat melaka
dok kat rumah kakak2 aku kat sana
so macam gathering besar2 gak la depa buat
penuh satu rumah gak
kalau karok tu mau pecah tongkang
mana taknya 12 hulubalang 'ultraman' berkampung kat sana demi menyelamatkan bumi
(anak saudara aku la tu)
dalam kesebukan mencari raksasa sempat lagi call master of all ultraman
depa pun call aku dengan teknologi skype(nak jugak jadi ultraman)

sembang punya sembang
sembang lagi melingkupi hal2 politik,ekonomi dan sukan malaysia mahupun antarabangsa
sampaila turn kakak no 2(kak ngah) aku cakap
kemudian perbincangan mula menjadi hangat

kak ngah: hang dengan budak tu lagi ke??
aku: budak mana neh??
kak ngah: awek hang tu la..yang hang pi jumpa kat kuantan tu
aku: oo dia......ermmmmm
kak ngah: hang dengan dia lagi ke?(kak aku repeat neh confirm sirius nak tau)
aku: yup2.. dengan dia lagi KOT
kak ngah: maen2 KOT2 pulak..betul ke hang masih dengan dia??
aku: yes i am..memang dengan dia
kak ngah: kalau dengan dia bagus la..cepat la sikit kawen..kita buat grand punya..lagi gempak dari pariz(abg aku-dia kawen 5 december ritu tapi aku tak balik)

dalam hal life2 yang bajet cool ala2 kim joo won dalam cite secret garden neh
aku 'banyak' cerita dgn kak ngah aku je
aku neh tak berapa nak sangat cerita kat orang pasal politik,bola sepak malaysianeh
errr i mean love actually
kang tak jadi sia2 je habaq seluruh dunia
last2 tak kawen
nak taruk mana muka yang hensem macam ni kn??

sapa orang tu???
ok orang yang kak aku sebut tu sebenarnya miss F

 dia lah penawar dia lah racun
haha mula dah nak cerita pasal awek
benci giler2 nak sebut pasal awek

the truth la kan
tiada lagi yang lebih benar dari hakikat ini
aku neh sebenarnya nak kata hensem tu hensem la jugak kan
tapi
sejak 2 menjak laa ni
macam ramai pulak gadis2 dok ligan aku
yang dok ligan aku tu cun2 lak tu
gadis2 neh aku cakap hang kalau kak maria ada depan mata hang pun tak pandang beb
mau bernanah jugak la kalau hang tengok
tapi tu la
tetiba je depa neh nak kat aku(perasan je kot)
maybe sebab aku dok obesi kot
orang2 banjar cakap
kalau laki pi belajaq obesi selalunya market tinggi
sejauh mana kesahihannya aku rasa mungkin ada benar dengan situasi aku sekarang
ye la dulu2 takdak pun orang nak kat aku
pandang pun takmo kan
tiba2 dok perayat aku
celake
nak hensem macam jacob!!!
lepas tu dah rapat sikit
mula la tanya macam2
kadang2 tu keluaq gak soklan panas
"awak dah ada gf belum"
pergh
soklan tu soklan paling susah aku nak jawab
lagi susah daripada spm add math paper 4
eh ada ke paper 4??
belasah je la
nak jawab tu kena pikiaq 4 5 6 puluh kali
kalau aku jawab ada kang melepas lak awek cun tu
jawab takdak confirm dia nak ayat aku sampai dapat
aku neh dah la tak suka jadi rebutan orang
orang hot la katakan
tak suka jadi buruan
cewah..
so kalau ada orang tanya aku pasal neh
aku jawab no komen je
sebabnya aku sendiri taktau aku ada awek ke tak

habes tu miss f tu sapa capik???
bukan awek hang ke capik??
untuk persoalan ini
aku rasa hanya miss F sendiri boleh jawab
sebab aku tak dapat bagi jawapan khusus untuk soklan itu
sori ye kepada secret admire aku ye(bajet hot)

***********************************************************************************
SAMPINGAN
sudah berpunya
aku anak bongsu yang manja daripada 6 orang adik beradik
tengok gambar atas tu
ada 5 pasangan kan??
which is tinggal aku seorang je lagi belum kawen
ok aku tau
aku baru nak masuk 21
tak patut aku pikir2 benda neh
tapi tu la
abang aku boleh dia cakap
"kami 5 dah on..hang bila lagi"
pergh berderau seh bila kena panah macam tu
kalau boleh sok jugak aku nak kawen
tapi mana nak cari tok mudin kadi kat jepun neh????

Tuesday, January 4, 2011

luahan rasa versi kewangan

hai lads and gents
hari ni aku dengan sirius
pegi gym lagi
demi untuk mencapai 6 pack
dengan penuh kesungguhan
ketabahan
serta kekentalan jitu
umpama tulang besi urat dawai
aku dapat melakukan aktiviti angkat berat
sebanyak 70kg
ok la tu kira aku mampu angkat berat badan sendiri
nanti kawen rasanya takde hal nak angkat wife sendiri right??
hopefully my-future-wife aku tak la berat sampai 70kg
kalau tak ceret cirit gak aku nanti
agak2 nye miss f aku 40kg je kot
huhu
gambar hiasan

so sebab hari ni aku over sangat
aku penat gila macam haram
perut pun dah lapaq
dengan pantas aku pi cari member2 aku
ajak pi makan kat luaq
aku, azli dan sorang senpai aku pun pi la makan sushi dekat Kappa Sushi
aku pun dah lama tak makan sushi
especially unagi sushi
ataupun dalam bahasa melayu sanskrit sushi belut
sedap oo00000000000
unagi
nampak sedap kan??
sirius sedap
paling sedap bagi sushi yang murah2
try la cari kat sushi king kalau ada
hahahaha

makan punya makan
tak sedar yang aku dah makan 12 pinggan semuanya
banyak tu oo000
sepinggan 100yen-----kalau 12???
makan sampai lupa anak bini bajet!!

siap kemas2 baju2 sejuk aq terus g dekat cashier awek tu
macam biasa la orang jepun neh
sentiasa senyum kepada pelanggan2 mereka
aku pun senyum la balik macam selalu
dengan harapan dapat no tepon awek tu
haha
aku pun kluarkan la 2000yen untuk bayar apa yang aku makan tadi
celake duit aku tinggal note 1000yen je lagi
nak makan apa lagi 2minggu neh
biasiswa lambat lagi
awek jepun tu ushar je dalam dompet aku
"no money no love" confirm awek tu cakap camtu
cis dasar mata duitan
nasib baik hang lawa
gambar hiasan

berbaki 1000yen aku terus g supermarket
beli barang2 dapur sikit
biasa la orang bujang
kena masak sendiri
bila la aku nak kawen ye
boleh ada orang masakkan untuk aku
damn duit takde nak kawen

dengan duit yang sikit aku beli je la apa2 yang patut
beli ikan sikit
i mean ikan je la
yang lain nanti je la
huuhuu
tapi yang paling penting potato chips
itu wajib sebagai makanan supplement aku diwaktu malam
kali neh 2 balang je aku beli
selalu 6  balang
jimat orang cakap
huhu

dah bayar semua kat cashier yang tak berapa nak cun 2
aku check balik bape lagi duet yang aku tinggal
damn!!
700yen je lagi
confirm mati kebulur aku bulan neh
aih harap2 ada la orang nak beli tv aku neh
desperate gila neh
and kepada kawan aku tu
sila transfer duit dengan segera ye
aku dah miskin tahap papa neh
T_T

Monday, January 3, 2011

macam mana nak slim??

hari ni cuti winter aku betol2 dah start
sebenarnya dah start minggu lepas
tapi sebab aku ke tokyo dan nagano ber'cuti'
so aku tak consider kat sana bercuti la
mana tak nye
penat nak mampos
aku rasa kait pokok kelapa sawit tak penat macam ni

so hari ni aku hanya habiskan masa senggang aku dengan tengok drama korea je
secret garden
depa kata best
setakat neh
macam best la cite tuh
hehehe

tengah aku dok syok layan cite korea tu
tetiba aku rasa jeles dengan mamat seekor tu
hero cite neh la
aku tak tau nama dia
aku bukan gay pun nak tau nama dia
diulangi AKU BUKAN GAY

kenapa aku jeles dengan hero cite tu walaupun aku bukan GAY???
ok pada aku budak neh agak syle la
dari segi perwatakan dia
kekayaan dia
bajet cool dia
pergh memang menjadi rebutan gadis2 malaya
kalau ada depan mata confirm hempa ladies2 boleh jatuh sakit cinta kalau tengok dia neh

tapi antara semua tu yang paling aku tak puas hati
aku tengok dia kurus
pakai suit ngam2 je dengan dia
pakai sweater pun kemas je
macam dalam gambar kat atas tu

kalau aku pakai suit macam dia
pergh sumpah nampak perut buncit
macam kerbau
kalau pakai sweater pun
nampak macam orang sumo je
orang sumo pun tak macam aku siot
gambar hiasan

so aku pun bertekad
nak jadi kurus gak
dengan pantas aku capai seluar track suit dengan sweater
dengan sneakers adidas
aku terus pegi gym kolej aku
dengan harapan nak kurus
target aku ialah 6 pack
macam jacob twilight
haha
1st time aku pakai photoshop ;p
dulu2 kan
aku tak lah gemok sangat
before aku fly ke jepun
berat aku 60kg je
ideal la kan untuk tinggi 164cm
sampai je jepun
aku tak tau pasal pa
tambah 10kg lagi
orang cakap beras jepun neh lain macam sikit
senang kasi gemok
mungkin pakar pemakanan aku boleh selidik sikit pasal beras jepun neh
and brapa banyak perlu aku makan beras jepun neh
boleh kan cik fazira???
please help me ok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...