nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Saturday, January 15, 2011

route to japan

assalamualaikum

hye boiz and lads
entry kali ni aku nak cerita sikit pasal life aku sepanjang menuntut ilmu persediaan ke jepun
setahun yang lalu
entry ini ditulis kerana sebagai kenangan aku dan kawan2 semasa belajar dahulu kala
dan juga entry kali neh ditulis kerana keseronokan melihat kohai2 ataupun dalam bahasa jawanya junior2 aku mendapat result exam yang menentukan kelayakkan mereka ke menara tokyo

ok damn terasa macam formal sangat ayat diatas
biar aku simplekan dan merapukan sebaik yang mungkin
untuk pengetahuan rider2  reader2 skalian
untuk menyambung pengajian ke jepun hang harus lulus dengan gilang gemilangnya masa SPM
lepas tu boleh apply pemohonan untuk sambung belajar di jepun di laman sesawang(peliknya bunyi) Jabatan Perkhidmatan Awam
setelah mendapat green light daripada JPA maka sedikit peluang belajar dijepun semakin cerah
tetapi langit tidak semestinya cerah sokmo bak orang qlate ghoyak
hang mestilah menlepasi temuduga yang agak2 mencabar
sekiranya anda sukses dalam temuduga tu
only then hang layak untuk meneruskan pengajian di pusat persediaan luar negara


ok tadi randomly pasal langkah2 untuk melangkah ke jepun
sekarang ini kisah aku
tak nak cerita panjang
dulu masa 1st year aku masuk persediaan di UTM kampus kuala lumpur atau nama glemer dia UTMKL
program aku dipanggil pusat persediaan kajian teknikal jepun(PPKTJ)
kat sini sebagai kohai aku mula kenal apa Japanese yang sebelum neh yang aku tau japanese=maria ozawa(shit!!)
kat sini mula la beljar bahasa2 dia
budaya2 dia
dan tak lupa jugak subjek2 teknikal seperti kimia, fizik dan ilmu kira2
subjek2 teknikal ini belajar still dlm english

masa dok kat utm neh bapak gila heaven siot
jalan kaki boleh smpai KLCC
lagak seperti orang berada
tiap2 minggu lepak KLCC je
kalau tak KLCC pavillion
tak pavillion lorong haji taib(another shit!)




setahun di UTM kemudiannya terpaksa berpindah kampus
untuk tahun kedua aku dan geng2 rempit aku berpindah ke uitm shah alam kampus INTEC
ok dok sini tak heaven ok
semua 'facilities' yg syurga2 banyak takdak sebab jauh
tapi ok la
environment kat INTEC banyak menyuruh student dia belajar dengan tekun dah bersungguh-sungguh
kat sini program kami dipanggil kumpulan teknikal jepun(KTJ)
untuk sesi tahun dua ini
semua subjek adalah dalam bahasa punyu munyu jepun
gempak tak??
susah2 aku belajar dalam english 5 tahun last2 end up dgn bahasa jepun
sapa suruh pi jepun capik oiii
walaupun both tempat belajar yang berbeza
tapi lecturer aku semua sama je
kecuali yang dari malaysia
sebab depa terikat dengan Universitas masing2
kalau sensei2 jepun depa terikat dengan JPA
mana kami pegi disitu mereka setia menunggu

belajar dekat persediaan neh belum menjamin hang sampai jepun
hang kena jawab exam yang di-made in-kan japan
exam neh dipanggil monbunkakusho
exam yang paling unik pernah aku lalui
exam hari isnin,selasa,dan rabu then keputusan hari jumaat pada minggu yang sama
which mean
kalau hang tak boleh jawab paper isnin ke selasa ke rabu ke
tak sempat kering air mata lagi hang akan nanges lagi pada hari jumaat
exam ini sangat penting
andai tak lulus maka tak jejaklah kaki hang dijepun dengan lesen JPA

masa aku nak tunggu keputusan exam neh punya la debaq
pagi tu kami lepaking kat rumah kami
kohai pulak pi kelas macam besa
tup2 kohai pi habaq yang ada 5 orang gagal exam tu
hati mula menjadi resah
semua muka dah merah2
mengenang sapakah yang kurang bernasib baek
nak pulak kohai aku cakap fail math or fizik aku tak ingat..aku lupa dah
masing2 mula ingat balik peristiwa berdarah masa jawab paper2 tu
aku risau gila2 vavi paper math aku time tu
aku rasa macam aku banyak careless mistake
hati jadi gundah gulana
mesej2 awek mula tak dilayan walaupun beliau dengan tanpa henti memberi kata2 semangat

hari tu lepas semayang jumaat
hati aku masih tak tenang
so aku terus duduk dalam masjid
terus menerus berdoa agar aku dapat pegi kejepun
depa habaq yang result keluar pukul 4
so lepas asar aku pun pi ke kampus
bersama rakan2 ku untuk menunggu keputusan
tunggu punya tunggu
kalau selalunya bila bersama kawan2
maria dan cikgu suraya sudah pasti tidak lekang dimulut
tapi kali neh muka2 everybody tak tenang
semua dok asyik pikir "lepas ke aku neh?"
suasana sangat tegang masa tu
lebih kurang pukul 7 macam tu result pun keluar
TADA~~~~~
ini lah muka2 yang seronok selepas tak tenang hidup dalam seminggu
alhamdulillah daripada 75 orang yang amik persediaan neh
72 orang berjaya menawan puncak menara tokyo
haha

4 sudah menulis:

amad said... [reply]

eh2 gmbr kat ats tu xd alapes la. hahaha!

FiZa said... [reply]

semangatnya rewind kisah silam..hoho.
btw camne ko jmp blog ak ni..aish

shafiq ahmad said... [reply]

haha..well with the power of google..senang je nak cari..haha

--FiZa-- said... [reply]

btw kawan ak pn ade bce blog ko ni..somehow dia suka gak la..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...