nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Sunday, February 27, 2011

I reject you, you reject I


Assalamualaikum

 Tengah aku dok layan live-action kak maria tetiba “capik tolong aku” pop-up YM aku keluar. “laa hang ka. Awat nya??”balas ku manja. “ada boy malaya mengorat aku la tapi aku takmo” balasnya mengharapkan doctor cinta tak berijazah ini membantu.

Aku sebagai lelaki, takkan mengorat seseorang awek tu secara tiba2. Contohnya, jumpa2 je “hai awak saya suka awak. Awak single? Saya nak mengawan ni”. Serius ini shit. Kalau dalam 1000 lelaki hanya seorang je yang hati kering buat macam tu. Lelaki yang budiman macam aku akan sentiasa mengumpul strategi dan mencari masa yang sesuai untuk confess. Tapi pada masa tu aku pasti cute2 girls sekalian akan dapat rasa yang that boy suka kat hang. So macam mana nak elakkan boy terus mencari ruang2 untuk confess?

Hang layan je that boy macam biasa. Tapi please jangan layan euuw2 dengan depa. Kami lelaki2 malaya suka akan ke-eeuuwww-an gadis2 malaya. Maksudnya kalau dia post kat fesbuk jiwang2 or pasal hang pun just ignore him. Jangan nak like or komen status dia. Sama jugak dengan call or mesej2. Balas tapi balas apa yang dia nak tau je. Kami kalau hang like or komen atau balas dengan mesra kami jadi terkesima dan sengal sorang2. “wah awek ni komen.. mesti dia concern pasal aku” see? SS bukan. Bila hang dah buat taktau, kami akan rasa yang diri ini seperti tak diperlukan. Bila rasa tak diperlukan….
“cinta saling melengkapi. Tidak lengkap maka hilanglah cinta”
Ok let say kalau that boy still tidak mengaku kalah. Nak kata dia bersemangat waja la kononnya. Dia masih lagi dengan aktiviti cubaan mengawan? Ini bermakna si jejaka itu tidak memahami. So memang tak layak jadi bf hang. Kalau dalam situasi ini hang seharusnya menjadi lebih semangat waja dari dia. Hang abaikan dia secara total. Maksudnya hang buat muka masam bila jumpa dia. Bila jumpa buat2 pandang tempat lain ke sembang2 dengan kawan2. Aku kalau syok mana2 girl kalau orang yang aku syok tu buat macam tu rasa tak senang duduk. Sure aku give up terus. “come on capik, baru kena uji sikit dah give up?”. Yes but sometimes give up is always best medicine to my heart.

Tak sanggup buat macam tu? fikirkan semula benarkah hang tak suka dia?


tips ini hanya untuk lelaki yang belum confess. kalau dah confess jangan buat macam ni. punah hati dia, 

Till then

sayonara

Saturday, February 26, 2011

sidang konvension sayang-menyayang

assalamualaikum
pada tarikh yang tak dapat diduga. aku telah pun ditag oleh senpai tersayang ku iaitu wan azri artis jepun berdarah malaya. dia je la dok tak habes2 tag aku. so demi menghormati beliau sebagai senior dalam bidang masak memasak serta DSLR, maka aku akan membalas tag beliau.


1. pernahkah anda rasa 'hot'?
Hot?? Tiada istilah hot bagi aku. Tapi kalau diungkap dengan kata2 manis maka hot adalah seseorang yang bajet 'panas' (lelaki selalunya) yang suka pakai sweater ataupun baju kulit ditengahari rembang sambil buat muka bajet coolnya tetapi pada hakikatnya dok maki2 kenapa hari ni panas terik sangat.

2. upload wallpaper yang anda gunakan sekarang.


3. ceritakan pasal wallpaper tersebut.
sebab beliau adalah live-action actress paling top diakhir zaman ini.
Fakta: lelaki jepun tak kenal pun ozawa maria tu sapa

4. bila kali terakhir anda makan pizza.
Tolong jangan bagi aku lapaq boleh tak. Tak lama je lagi aku nak balik malaya ni. Please stop about halal food here.

5. lagu paling terbaru anda dengar.
Hah yang ni best. Boleh dengar dekat link2 berikut. Sumpah best gua cakap lu. sesuai untuk orang2 yang dok jepun macam aku (lagu 1) dan nak menikah cepat macam aku juga(lagu 2)

6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Melayan live-action movie terbaru kak maria mungkin(?)

7. selain nama sendiri,anda dipanggil nama apa?
Dalam blog aku dipanggilkan capik
Masa merempit orang panggil aku rempit
Masa aku berkasih sayang orang panggil aku sayang
masa orang bersayang sayang dengan aku depa panggil aku cinta
euuww!

Next question suruh aku tag orang lagi. Sorila. Aku tak berminat nak tag orang. Cukup lah sampai sini kontroversi yang aku lakukan.

Till then
Sayonara!

Friday, February 25, 2011

lelaki suka perempuan apabila........................

assalamualaikum
dan salam 1provokasi
salam 2kontroversi
seperti kebiasaan, hari ini aku pi mandi. well, sini kalau nak mandi sah2 liat. mesti hang kata aku busuk kan? ok aku akui aku memang malas mandi. malas mandi kalau cuaca dibawah takat beku. ok tu tipu sebab area pendudukan aku bukan dibawah takat beku.

kali ni aku nak cerita kat hang terutamanya gadis2 sekalian macam mana nak buat sorg2 boy tu suka kat hang. aku mendapat ilham istimewa ini ketika mandi tadi. err time mandi adalah waktu paling mantap untuk menimba ilmu dan menjana pemikiran kreatif dan klasik.(sila bawak buku bersama ketika mandi. aku pasti SPM cemerlang)

ok gadis2 malaya sekalian(mungkin gadis jepun juga membaca blog aku dengan bantuan google translate).kami lelaki2 sekalian sebenarnya tak kisah akan paras muka gadis2 sekalian. tak payah makeup2 tak payah dressup2. kami lelaki2 maskulin akan terima hang seadanya. gemuk? come on lady. gemuk sekarang cumel. cumel sangat2. memang diakui gadis2 malaya yang ramping dan slim world hot stuff dalam masyarakat kita. tapi hang tau tak apa lelaki malaya pikir bila ada awek ngetop macam lisa surihani??
"lawa giler awek tu. sah2 ramai orang nak tackle"
lelaki lebih suka playsafe sebab depa ni akan jeles bila tengok awek depa which is hang melayan mesra lelaki lain. so tak payah cantik2, kurus2. biasa2 cukup. dan jangan lupa pakai spec mata comel2. sumpah awek pakai spec comel giler. CHUMEL
picture error!

pernah dengar satu kata2 hikmah dari pujangga cinta yang mengatakan apabila kehilangan sesuatu barulah kita menghargainya? korang kena pegang kata2 ini kuat2. kenapa? selalunya lelaki dia ego tinggi. so kalau hang suka mana2 boy malaya(boy jepun tak boleh) hang kena approach dia laju2. chat dengan dia tiap2 hari. sentiasa berhubung dengan dia. tapi jangan buat dia rimas. once dah rimas tiada harapan untuk mu. untuk mengelak sebarang kerimasan topik mestilah sentiasa fresh dan menarik. lepas tu kan hang stop sebarang connection dengan dia. ini sedikit risiko. kalau dia mencari hang balik then dia rindukan kamu(ada peluang besar disitu). tapi jika sebaliknya....
"If you love someone, let them go. If they don't come back, they were never yours.If they come back, they're yours to keep"
pernah tarik2 tali? ok hang suka ini boy malaya. tapi hang konon2 nya macam taknak la kat dia. jual mahal kan?tapi ingat wahai gadis2 malaya yang ku sayang. jangan terlalu jual mahal sangat. jual mahal tapi bagi la diskaun sikit. macam mana nak bagi diskaun? ok let say ada boy malaya neh cakap macam ni. "awak sejak kita jumpa kali pertama saya dah jatuh cinta kat awak", tudia ayat mukadimah dia. "tiap2 malam saya ingat awak je", mula dah ayat bunga. jangan la hang cakap "eee jiwang". potong mood dia nanti. hang nak jual mahal tapi jual mahal biar secara berhemah. cuba hang bagi dia hadiah macam orang2 kapel. bagi jam kapel ke. maksudnya hang reject but at the same time hang bagi dia hadiah kapel. lelaki malaya sejati macam aku neh akan terasa awek ni sebenarnya suka kat dia. then sah dia akan terus jatuh sayang lagi giler2 dekat hang. lepas tu terus pegi jepun(aik macam aku je??). teruskan je jual mahal berhemah tu sampai la dia propose betul2 nak kahwin dengan hang. at that time hang nak jawab "yes i do" sangat la romantis

ok dah super panjang.

sayonara!

Wednesday, February 23, 2011

sedarlah wahai gadis malaya

assalamualaikum
malaysia kini sudah dilanda satu aura asing iaitu aura artis korea. aku lakukan kaji selidik disekitar kuala lumpur pada ogos yang lalu, drama2 korea mula mendapat tempat dihati rakyat kita terutamanya gadis2. perintis terhadap aura ini adalah drama cinta winter sonata. sejak mula ditayangkan pada 10 tahun gadis2 melayu seakan-akan lupa akan kewujudan boy2 malaya. gadis2 malaya sudah mula mempertikaikan raut muka boipren2 mereka, membanding bandingkan  boipren mereka dengan korean boy. bangkitlah dari mimpi mu wahai gadis2 malaya.

"ala capik hang jeles la tuu kan..."..ya aku tau mesti hang cakap macam tu. yup tidak disangkal aku memang jeles. ada ke patut awek aku cakap nak tunggu super junior??aku yang nak balik malaya pun dia taknak tunggu. sumpah sedih. nanges laju laju T_T

kepada gadis2 malaya sekalian. hang kena sedar yang untuk bersama korean boy macam super junior yang bajet-super-hensem tu tak kenal pun hang. ok aku tau depa mai malaysia. and aku juga tau hang dah pun bersuai kenal dengan depa. tapi hang rasa depa ingat hang tak??cuba la kan nanti super junior tu datang, bagi depa kenal hang. lepas tu kan esok hang pi lagi jumpa depa. tanya depa kenal  tak hang. andai depa jawab depa kenal hang maka dia lah jodoh hang. kalau tak ingat tu, kembali la kepada boipren2 malaya hang yang pasti akan sentiasa mengingati hang.

dan kepada gadis2 malaya sekalian. hang juga kena tau yang cinta dalam drama korea tu hanya lah fantasi semata-mata. aku tak rasa pun orang2 korea super-sweet-damn-cool macam dalam2 drama depa tu. ok aku tak sampai lagi korea tapi aku dah sampai jepun. dulu aku layan jugak cerita jepun. ada gak super-damn-cool boy yang bajet habes. tapi last2 aku tengok orang2 jepun semua ramah2. so-sial pulak tu. yang cool cool neh aku tak pernah jumpa lagi. so aku sarankan kepada gadis malaya sekalian. terima je lah boipren hang yang tak cool tu. itu lebih baik. sah2 happy. 

itu je kot..ada papa tambah2 la.

till then!

chow!

Monday, February 21, 2011

korea boy vs japan boy

assalamualaikum
rasa penat study eloklah diisi dengan pengisian yang menarik. so entry kali ini adalah entry susulan daripada senpai aku iaitu cikten10 mengenai satu isu yang agak menarik. so untuk menjadi pelengkap antara satu sama lain aku buat versi lelaki pulak



so without wasting time. hang pilih antara tiga gambar berikut mana satu gambar budak korea ataupun jepun
gambar 1

ataupun
gambar 2
ataupun
gambar 3
so pilih. ada hadiah menarik gua bagi pemenang yang bertuah..hahaha

till then!
soyonara

Saturday, February 19, 2011

Kisah encik Arsenal dan abang Barcalona

LONDON-16 februari 2010
Laporan ringkas perlawanan bola sepak champion league antara Arsenal menentang Barcalona di Arsenal Stadium.maaf atas kelewatan pihak Provoke Media(PM) memberi ulasan atas faktor editornya sedang menduduki peperiksaan akhir tahun di kolej beliau. tetapi pihak PM telah pun menghantar wartawannya ke London demi sesuap informasi kepada pembaca-pembaca sekalian

wartawan PM melaporkan bahawa Arsenal berjaya menggemparkan Barcalona dalam perlawanan kaki pertama(baca:1st leg) dengan jaringan 2-1. jaringan awal dilakukan oleh David Villa dari barcalona pada minit ke 26. namun kebahagiaan Barcalona hanya mampu bertahan hingga minit 68 dimana pemain gantian Andrey Arshavin berjaya menyumbat gol penyamaan dengan sepakkan pada posisi tight angle. kebengisan Arsenal tidak cukup setakat itu sahaja, bintang Robin Van Persie meledakkan sepakkan kasih sayangnya untuk meletakkan Arsenal kukuh dihadapan untuk perlawanan kaki kedua(baca:2nd leg) pada 8 mac di nou camp, Barcalona
atas kemenangan Arsenal dalam perlawanan yang diiktiraf oleh editor sebagai match terlaju dan mantop, maka wakil PM juga mengambil kesempatan menemubual tunggak utama Arsenal dalam mengsignifikasikan kemenangan lagenda Arsenal ini. pihak PM berjaya menemubual Sir Arsene Wenger. "Ianya malam yang sangat istimewa dan kami harus menjadi pasukan istimewa"ulas pengurus kelab Arsenal itu. kehebatan wenger dalam menyusun taktikal memang tidak dapat disangkal lagi. "match malam tadi habaq hang memang power dowh"tambah beliau lagi dengan nada loghat utaghanya. "tapi macam aku habaq dulu-dulu memang pasukan aku tidak mengecewakan", ujar beliau dan terus berlalu meninggalkan wartawan kami terpinga-pinga

pihak PM juga cuba menemubual pengurus pasukan Barcalona-Josep Guardiola. tetapi malangnya beliau tidak dapat dikesan. mungkin terlalu malu atas kekalahan pada malam tersebut. seterusnya pihak PM telah bertembung dengan penjaga gawang barcalona iaitu Victor Valdes. ketika ditemui Valdes dalam keadaan sangat sedih dan menangis teresak-esak. tanpa segan dan silu pihak PM bertanya mengenai jaringan gol Arshavin yang dilihat pada kaca mata editor sangat stupid. "nok buet gu mano. kawe gadoh denge bini kawe"ujar Valdes sedih. "bini kawe suko sek arsenal. disuruhnyo kawe tido lua.mano kawe cukup tido",tambah beliau sambil menarik-narik hingusnya yang meleleh kaku. seterusnya wakil PM juga cuba untuk menemubual wira barcalona yang tak berapa nak jadi wira iaitu Messi untuk mendapatkan punca kegagalan 1 on 1 dengan keeper arsenal pada match tersebut. ketika ditemui Messi seolah-olah hilang akal dan selamber jer jawab "no komen" ala-ala artis melayu.

Arsenal juga seperti sedia maklum adalah musuh ketat Manchester United(Man U). jadi pihak PM juga telah menghantar wakil untuk mendapatkan ulasan dari tunjang utama Man U yang sekarang ini mengepalai liga inggeris. apabila diajukan soalan ini kepada sir alex ferguson, beliau menjawab "Arsenal boleh menang kerana Barcalona tetapi bukan dengan Red Devil". dari raut wajahnya, memang jelas serius sekali kata-kata pengunyah chewing gum itu. ferguson ditemui ketika dalam sesi latihan bicycle kick bersama-sama bintang tersohor wayne rooney dan ahli pasukan red devil yang lain.

Monday, February 14, 2011

kacang berperisa babi

assalamualaikum
minggu neh
bermula rabu
pembesar-pembesar melayu di tsuyama jepun
akan menjalani satu ujian getir
dimana ujian ini dipanggil exam
(sirius sh*t)

so adalah menjadi satu rutin bagi student2
setiap kali sebelum exam akan belajar sungguh2
yes
orang lain bersungguh-sungguh belajar
dan aku pulak dok sibuk nak update blog
ala
kejap2 je
time aku rest aku tulis ar apa yang terlintas dihati

kalau kamu,awak dan kalian pernah menjadi pelajar
aku sure dan konpem
mesti time hang belajar hang nak mengunyah sesuatu
kalau tak akan jadi stress
betol tak??

atas dasar itulah
petang tadi aku turun ke kaki bukit
untuk mencari sesuap kacang
yes
pada aku makan kacang time belajar sangat best
sebab ianya jimat serta takkan habis cepat

alang2 dah turun tu
aku pun shopping la sekali barang2 rumah
yelah orang bujang la katakan
masak sendiri
makan pun sendiri

balik kepada objektif asal
aku jumpa la satu kacang goreng
dengan nilai estetika serta ergonomiknya berkualiti
aku pun cekau la laju2 kacang tu
well
kalau kat jepun neh nak makan susah sikit
kena check dulu isi kandungan dulu

1st check aku tengok tiada unsur babi ataupun haiwan dalam kacang 2
so aku sambar laju2 5 bungkus
then terus pegi kaunter
nak pegi bayar la kononya
dalam dok beratur tu
mungkin allah nak pelihara hati aku
aku check sekali lagi bahan2
dekat bahagian "bahan" tu memang takde unsur2 seperti diatas
then konon2 nya nak test power bahasa jepun la kan
baca la informasi2 laen atas plastik kacang tu
kemudian aku spot satu tulisan jepun yang mengatakan terkandungnya babi dalam kacang itu

[sorry tiada gambar disediakan akibat kekurangan teknologi pada masa itu]

owh thats really serius sh*t
pe kejadahnya kacang goreng berperisa babi??
memang tak dapat diterima akal
so dengan pantas
aku terus letak balik then beli kacang yang selalu aku beli purbakala dulu
itulah masalahnya kalau merantau kat negara bukan islam macam jepun neh
nak makan kena control
ini tak boleh
itu tak boleh
tapi tu la
kena bertahan jela
disebalik buku ada makan

thats all for today
babai

Saturday, February 12, 2011

law of friendship

assalamualaikum

entry kali ini wira gadis(tetiba nak bahasakan diri tu pulak) taknak  cerita apa itu sebenarnya maksud law of friendship
saja je kasi tajuk gempak tapi pengisian tak gempak mana

so entry kali ni aku nak cerita sikit
berdasarkan yang berlaku dalam entry aku yang lepas
sila klik sini untuk membacanya
baca dulu tau yang link tu :)

aku ni antara manusia yang paling ganjil dalam abad ini
berasaskan perpaduan ummah dan visi wawasan 2020
aku selalunya akan hide info besday aku bila dah dekat2 dengan besday aku
segala mak nenek fesbuk ke friendster ke skype ke

capik kenapa harus kau meng-hide segala informasi yang sebernas itu??
ya kenapa ya?
reason aku sedemikian rupa adalah aku tak suka wall terutamanya fesbuk aku penuh dengan kata2 ucapan yang tak ikhlas
what the fiq kalau hang wish besday kat orang sebab ada notification kat tepi fesbuk tu
sirius tak ikhlas
kalau takdak fesbuk hang tak tau la kan??
"come on la capik..lu ingat lu penting sangat ke nak orang ingat besday lu..awek gua pun gua tak ingat..inikan pulak lu..kerek la lu"
 aku tak cakap pun hang wajib ingat besday aku
and aku tak expect pun hang dan hang serta hang untuk ingat besday aku
so aku tak kisah pun sebenar-benarnya kalau hang takmau ingat
cuma aku nak tengok sapa yang rapat2 dengan aku tu dia ingat ke tak besday aku tu
nak2 pulak yang special macam miss F
kalau kawan2 besa yang dah 10tahun tak jumpa tu ok je
aku tak kisah hang ingat ke tak
kalau ingat aku sayang hang lebih je

orait sebagai penghargaan kepada kawan2 aku yang ingat besday aku bila
entry kali ini aku buatkan khas untuk kalian,kalian serta kalian juga

untuk pemenang 1st post besday aku dekat fesbuk
dia adalah..................
yeah miss f
dia neh special sikit
tiap2 tahun tak penah lupa besday aku
sebab kami beza 5 hari je
walaupun tahun sama tapi beliau lebih tua dari aku
owh ya..last year punya besday paling sweet la penah aku dapat dari dia
habes sweet
tahun neh tak dapat la sebab jauh kot
kang call mahal pulak kn ;p

next is 1st runner for posting in my wall
she is.........

another miss f
dialah girl yang sentiasa bersama aku (virtually) ketika susah atau senang
last year bagi present kat aku
sangat2 teruja pada waktu tu
bukan senang nak dapat present dari miss f neh
haha
jarang sebenarnya aku dapat present time2 besday neh
sedih tau tahun neh takde :(

next is
yes another miss f
tapi aku terpaksa kaburkan gambar beliau
untuk mengelakkan spekulasi berdarah
haha
miss f neh aku taknak elaborate lebih2
kang dia tibai aku naya je
haha

so setakat ni ada 3 miss f aku kat atas
actually ada lagi sorang tapi dia tak post kat fesbuk
dia skype je dengan aku
so boleh teka mana 1 miss f yang sebenar-benarnya miss f yang aku uar-uarkan??
teka jangan tak teka
haha

ok untuk orang2 lain pulak
inilah mereka yang betul2 ingat kat aku
thanks diucapakan
mereka adalah



yes walaupun ada antara depa lewat wish
tapi atleast depa ingat
alhamdulillah ada jugak kawan yang masih tahu akan kewujudan muhammad shafiq bin ahmad ni


aih panjang pulak entry kali neh
sah2 hang tak larat nak baca dah

*last aku sambut besday ada kek tahun 1997..tahun neh menjadi sejarah kerana budak2 tsuyama sambut besday aku

arogatou minna!

10 februari tahun kuda

tanggal 10 februari tahun 1990 bersamaan 15 rejab tahun 1410 hijrah
berlatarbelakangkan hospital parit buntar
kelahiran yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bahagia Ahmad dan Sapiah
setelah 9 bulan segala halangan dan cabaran getir dilalui oleh si isteri
tak kurang juga sang suami yang sentiasa berada disisi isterinya yang tercinta
akhirnya pada waktu subuh
lahirlah ke dunia seorang putera yang chubby dan kiut
Muhammad Shafiq nama diberi
membawa maksud sang penyayang
dengan harapan sang anak ini akan menjadi seorang PENCINTA SETIA
umor??tak ingat..haha
kini sudah 21 tahun berlalu
sang pencinta kini sudah pun boleh mengundi(takde motif)
sang pencinta kini bukan lagi pencinta yang setia
sang pencinta kini menjadi wira gadis
wira yang akan sentiasa menjadi wira didalam hati gadis2 malaya
sungguhpun begitu
dihati adiwira ini hanyalah terukir nama ayahanda dan bondanya
kenyataan yang tidak mungkin dapat dinafikan hatta mahkamah international sekalipun

ya
kini sudah 21 tahun berlalu
aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ayahanda dan bonda
kerana memlahirkan dan membesarkan anak mu ini
mendidik dan membesarkan(termasuk pembesaran perut tanpa kawalan) bagai menatang minyak yang penuh
jasa mak dengan ayah tak mungkin dapat ku balas
tapi
segala penat lelah mu akan ku balas dengan titisan air mata mak dan ayah
titisan air mata kebahagiaan melihat anak mu ini berjaya suatu hari nanti
insyaAllah

walaupun ku tahu mak dan ayah mungkin tak baca blog ini(ada potensi jugak kalau nak baca)
tapi capik nak habaq mai
capik sayang mak dengan ayah sangat2
kalau ada klcc pun capik tak pilih klcc tau
cayang mak ngn ayah sangat2
mak nak tau kalau capik sayang miss F sebanyak sekali
capik sayang mak dan ayah tahap infiniti oo
punya terer anak mak ngn ayah sorang neh
dari kiri:abang no 2, mak, ayah, wira gadis

SAMPINGAN
gambaq masa kecik2 dulu
wira gadis dan ibunya
mungkin model iklan colgate??
silakan tengok..masih halal lagi time neh
bersama kak long wira gadis
photogedik x??
sumber:facebook aku



Wednesday, February 9, 2011

fiqnography versi Mr L

assalamualaikum
alhamdulillah
dengan limpah rahmat-Nya
hari ini aku dah selamat menyelesaikan experiment aku untuk kali terakhir tahun ketiga aku disini
so dengan hati yang riang dan teruja serta terkesima
aku pun capai kamera aku
lalu bersama Dilema Sang Lelaki Romantik untuk bersuka ria
ye la nak cuba gadget baru la katakan
huhu

owh ya sebelum terlupa
aku baru je sambar laju2 lens baru

ianya adalah EF 24-105mm F4L
thats why entry aku kali neh aku sebut Mr L
sebab lens neh ada L

ok lens neh boleh tahan gak la mahalnya
tapi takpe
demi hobby sanggup ku gadaikan harta dan nyawaku
bak kata tutor aku
"saya takda awek so tak kisah habiskan duit untuk diri sendiri"
selesai dengan kisah hobby2 2
so nak tunjuk la sikit apa kemampuan lens yg org laen bajet hebat sangat tu kan
so layan je la

30 MINIT BERSAMA MR L

first of all
layan gambar landscape yang tak berapa best neh dulu
IMG_2654
gambar neh aku tangkap dekat dengan kubor orang jepun
dekat je ngan kolej aku
kalau nak pegi convienience store mesti lalu sini
malam2 pun lalu sini gak
tapi tak rasa takot pun
huhu

next!
IMG_2682
neh pulak aku snap depan pintu gate kolej aku
ada cermin so bajet2 cam nak promote diri tapi samar2 la kan
cam siot je..
haha


ok next pulak ialah gambar 1st aku tangkap gambar binatang yang agak dekat kot dengan aku
IMG_2659

ok next pulak adalah macro
IMG_2647


ok setakat itu sahaja persembahan dari aku
lagipun tengah panas hati dengan internet aku yang macam haram jadah
cakap fiber optic tapi slow tahap gaban
download laju
tapi bukak page haram slow
takpe
nanti aku post entry khas untuk kutuk internet jepun yang celake ini

Saturday, February 5, 2011

fiqnography : macro

assalamualaikum



terasa bagai berkurun lamanya aku tak update blog
dek kerana dasar penguliran(dalam bahasa melayu standardnya 'malas') dan ketandusan idea2 bernas dan teknikal
so hari neh dengan segan dan silunya
aku nak menunjuk sedikit kehebatan aku dalam snap gambar2 macro
semua gambar2 dalam entry kali ini di snap menggunakan lens tamron 90mm macro pinjaman dari senpai aku
so pe lagi
cekitdaut!

IMG_2471

itu adalah gambar kunci bilik aku
atas sebab takde bahan
so aku bahankan kunci aku neh
dengan background snow
so aku bajet habes cun ar gambar aku neh
haha
miss F cakap aku syok sendiri
SS
"shafiq sengal"

ok next photo pulak
IMG_2475

cubaan berani mati untuk snap gambar bunga
ye lah mana nak jumpa bunga time2 winter neh
neh aku jumpa pun kira bersyukur sangat2 la tu
daripada record bunga stakat ini
gambar ini adalah gambar close-up macro the best penah aku buat
tapi still macam haram gak la gambar aku neh
takde pape yang close-up pun
mungkin aku masih baru dalam dunia photography
especially close-up
insyaAllah aku akan perbaiki lagi teknik2 close-up pada masa akan datang
support me bebeh
tengok kat side kiri gambar tu..ada daun bentuk love kat situ..i like!

NEXT!
IMG_2503

kali ini cubaan untuk melakukan teknik panorama
or the right term is dia aku tak ingat dah
skill neh adalah untuk menggelapkan tempat yang kurang penataan cahay
dan mencerahkan tempat yang ter-expose cahaya secara berlebihan


next is panorama kedua
IMG_2508

kalau tadi tu ada gambar pokok blur2 sikit(bajet kasi nampak stiff la kononnya ;p)
kali neh aku directkan lensa pinjaman aku ni terus kepada sang mentari
setakat neh ini la gambar paling cun melecun yang aku rasa
of coz yang aku snap laa
indah sungguh ciptaan Allah kan
:)

ok
yang kat atas tadi tu
semua menggunakan lens pinjam
aku takda modal lagi nak beli lens macro yang sedap2 menjilat jari lagi
so terpaksa la buat pinjaman tanpa faedah dulu
and
last but not list
tengok la gambar neh
guna lens murahan je
;p
IMG_2511

jumpa lagi untuk sesi pornography fiqnography yang akan datang

gambar penuh:http://www.flickr.com/photos/fiqnography/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...