nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Saturday, February 12, 2011

10 februari tahun kuda

tanggal 10 februari tahun 1990 bersamaan 15 rejab tahun 1410 hijrah
berlatarbelakangkan hospital parit buntar
kelahiran yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bahagia Ahmad dan Sapiah
setelah 9 bulan segala halangan dan cabaran getir dilalui oleh si isteri
tak kurang juga sang suami yang sentiasa berada disisi isterinya yang tercinta
akhirnya pada waktu subuh
lahirlah ke dunia seorang putera yang chubby dan kiut
Muhammad Shafiq nama diberi
membawa maksud sang penyayang
dengan harapan sang anak ini akan menjadi seorang PENCINTA SETIA
umor??tak ingat..haha
kini sudah 21 tahun berlalu
sang pencinta kini sudah pun boleh mengundi(takde motif)
sang pencinta kini bukan lagi pencinta yang setia
sang pencinta kini menjadi wira gadis
wira yang akan sentiasa menjadi wira didalam hati gadis2 malaya
sungguhpun begitu
dihati adiwira ini hanyalah terukir nama ayahanda dan bondanya
kenyataan yang tidak mungkin dapat dinafikan hatta mahkamah international sekalipun

ya
kini sudah 21 tahun berlalu
aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ayahanda dan bonda
kerana memlahirkan dan membesarkan anak mu ini
mendidik dan membesarkan(termasuk pembesaran perut tanpa kawalan) bagai menatang minyak yang penuh
jasa mak dengan ayah tak mungkin dapat ku balas
tapi
segala penat lelah mu akan ku balas dengan titisan air mata mak dan ayah
titisan air mata kebahagiaan melihat anak mu ini berjaya suatu hari nanti
insyaAllah

walaupun ku tahu mak dan ayah mungkin tak baca blog ini(ada potensi jugak kalau nak baca)
tapi capik nak habaq mai
capik sayang mak dengan ayah sangat2
kalau ada klcc pun capik tak pilih klcc tau
cayang mak ngn ayah sangat2
mak nak tau kalau capik sayang miss F sebanyak sekali
capik sayang mak dan ayah tahap infiniti oo
punya terer anak mak ngn ayah sorang neh
dari kiri:abang no 2, mak, ayah, wira gadis

SAMPINGAN
gambaq masa kecik2 dulu
wira gadis dan ibunya
mungkin model iklan colgate??
silakan tengok..masih halal lagi time neh
bersama kak long wira gadis
photogedik x??
sumber:facebook aku



2 sudah menulis:

hawasumiri said... [reply]

owh.. orang parit buntar ke.. saye mmg salu p sne.. sbb sye skol kat mrsm trankrain tu.. tpi high way tu..

shafiq ahmad said... [reply]

owh yeke..then nice to know you :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...