nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Saturday, February 19, 2011

Kisah encik Arsenal dan abang Barcalona

LONDON-16 februari 2010
Laporan ringkas perlawanan bola sepak champion league antara Arsenal menentang Barcalona di Arsenal Stadium.maaf atas kelewatan pihak Provoke Media(PM) memberi ulasan atas faktor editornya sedang menduduki peperiksaan akhir tahun di kolej beliau. tetapi pihak PM telah pun menghantar wartawannya ke London demi sesuap informasi kepada pembaca-pembaca sekalian

wartawan PM melaporkan bahawa Arsenal berjaya menggemparkan Barcalona dalam perlawanan kaki pertama(baca:1st leg) dengan jaringan 2-1. jaringan awal dilakukan oleh David Villa dari barcalona pada minit ke 26. namun kebahagiaan Barcalona hanya mampu bertahan hingga minit 68 dimana pemain gantian Andrey Arshavin berjaya menyumbat gol penyamaan dengan sepakkan pada posisi tight angle. kebengisan Arsenal tidak cukup setakat itu sahaja, bintang Robin Van Persie meledakkan sepakkan kasih sayangnya untuk meletakkan Arsenal kukuh dihadapan untuk perlawanan kaki kedua(baca:2nd leg) pada 8 mac di nou camp, Barcalona
atas kemenangan Arsenal dalam perlawanan yang diiktiraf oleh editor sebagai match terlaju dan mantop, maka wakil PM juga mengambil kesempatan menemubual tunggak utama Arsenal dalam mengsignifikasikan kemenangan lagenda Arsenal ini. pihak PM berjaya menemubual Sir Arsene Wenger. "Ianya malam yang sangat istimewa dan kami harus menjadi pasukan istimewa"ulas pengurus kelab Arsenal itu. kehebatan wenger dalam menyusun taktikal memang tidak dapat disangkal lagi. "match malam tadi habaq hang memang power dowh"tambah beliau lagi dengan nada loghat utaghanya. "tapi macam aku habaq dulu-dulu memang pasukan aku tidak mengecewakan", ujar beliau dan terus berlalu meninggalkan wartawan kami terpinga-pinga

pihak PM juga cuba menemubual pengurus pasukan Barcalona-Josep Guardiola. tetapi malangnya beliau tidak dapat dikesan. mungkin terlalu malu atas kekalahan pada malam tersebut. seterusnya pihak PM telah bertembung dengan penjaga gawang barcalona iaitu Victor Valdes. ketika ditemui Valdes dalam keadaan sangat sedih dan menangis teresak-esak. tanpa segan dan silu pihak PM bertanya mengenai jaringan gol Arshavin yang dilihat pada kaca mata editor sangat stupid. "nok buet gu mano. kawe gadoh denge bini kawe"ujar Valdes sedih. "bini kawe suko sek arsenal. disuruhnyo kawe tido lua.mano kawe cukup tido",tambah beliau sambil menarik-narik hingusnya yang meleleh kaku. seterusnya wakil PM juga cuba untuk menemubual wira barcalona yang tak berapa nak jadi wira iaitu Messi untuk mendapatkan punca kegagalan 1 on 1 dengan keeper arsenal pada match tersebut. ketika ditemui Messi seolah-olah hilang akal dan selamber jer jawab "no komen" ala-ala artis melayu.

Arsenal juga seperti sedia maklum adalah musuh ketat Manchester United(Man U). jadi pihak PM juga telah menghantar wakil untuk mendapatkan ulasan dari tunjang utama Man U yang sekarang ini mengepalai liga inggeris. apabila diajukan soalan ini kepada sir alex ferguson, beliau menjawab "Arsenal boleh menang kerana Barcalona tetapi bukan dengan Red Devil". dari raut wajahnya, memang jelas serius sekali kata-kata pengunyah chewing gum itu. ferguson ditemui ketika dalam sesi latihan bicycle kick bersama-sama bintang tersohor wayne rooney dan ahli pasukan red devil yang lain.

5 sudah menulis:

KONCO BLOGGY! said... [reply]

betol2 peminat bola ko ni.. yg peting ak man u. hehe

shafiq ahmad said... [reply]

haha..glory man u!

--FiZa-- said... [reply]

cool man..:))

wan azri said... [reply]

adoi pik....edit post ni...yg sepak dari angle tu van persie la..arshavin wat gol kedua utk kukuhkan lagi arsenal....PROVOKE MEDIA do something...haha

shafiq ahmad said... [reply]

nampaknya PM harus buang wartawan yang melaporkan itu..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...