nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Friday, March 18, 2011

shut up if you know nothing about japan

assalamualaikum

gua macam biasa dok kat Malaya pusing-pusing dekat facebook. Gua baca wall post video kawan gua pasal statement suami isteri najib. Layan je la video kat sini.


Gua sangat tak puas hati sama ini rosmah. Cakap main ikut suka hati mak bapak dia ja. Gua sedih ada isteri pemimpin macam ni. Takdak relativity pun green technology or climate change dengan gempa bumi ni. She is know nothing about japan.

Gua bukan nak kondem Malaysia, tapi environment kat jepun dengan Malaysia sangat berbeza. Dan aku tak rasa pun jepun punya technology tak mesra alam. Contohnya kat Tokyo, walaupun gila punya maju, tapi lu orang akan rasa macam dekat kampong-kampung. Udaranya fresh. And lu orang akan rasa seronok-seronok je kat sana. Kalau depa buat constraction, hamper takdak debu-debu berterbangan diudara. Malaysia? Boleh sesak nafas kalau lalu tepi constraction site. Ini rosmah cakap tak mesra alam?

Pasal nuclear pulak. Jepun memang terpaksa pakai nuclear as their electric power source. 60-70% electric di sponsor oleh nuclear. Peratus yang lain ialah hydro dan char coal. Jepun negara maju. So depa perlukan tenaga electric yang cukup untuk tampung semua. Jangan samakan Malaysia sebab Malaysia pakai hydro pun dah cukup. Lagi satu, struktur geografi jepun tak sesuai untuk buat empangan. Dan depa juga taknak buat empangan sebab tu akan merosakkan bukit-bukit(70% jepun dilitupi bukit dan gunung) untuk memastikan nilai-nilai hijau dalam negara depa. Ini rosmah cakap takde green technology?

“why don’t they use solar as electrical source?” yes they do. Gua pernah pergi power plant dekat Osaka. Kilang ini ada 2 iaitu daiichi(plant satu) daini(plant dua). Gua pergi daiichi. For your info, daini ialah reactor nuclear and daiichi char coal. Gua pegi daiichi punya power plant. Depa cite kat gua, solar energy yang depa pakai just boleh sapot power plant tu je. Tak cukup untuk supply tempat lain. solar energy ni ikutkan memang paling murah. Tapi teknologi sekarang belum mampu lagi menangani masalah utamanya iaitu manufacturing cost. Gua belajar pasal solar. And untuk sekeping papan solar tu kalau yang boleh sapot banyak, dah bape ribu habis. So sebab tu jepun masih lagi bergantung pada nuclear

Gua sebenarnya malu dengan statement bik mama. Jepun punya efektif dalam menangani masalah bencana alam dan nuclear. Bik mama senang-senang je cakap macam tu. Gua malu dengan lecturer gua yang mengajar bahasa jepun kat Malaysia dulu. Dah la depa paham gak bahasa melayu. Gua tak tau nak letak mana muka gua kalau jumpa dengan depa nanti. Yang masuk cnn psl kartun tu, gua risau gak kalau kawan-kawan gua kat jepun tengok benda tu. Apa depa rasa? And for sure gua kena pulau lepas ni. Tak dak sensetiviti langsung. Bajingan punya manusia!

kalau rajin baca la ulasan mantap senpai gua

Wednesday, March 16, 2011

aku di jepun

Assalamualaikum

Pergh dah lama giler gua tak update blog kesayangan gua. well, gua baru je sampai Malaya 2 hari lepas. kena jag lag sekali rasa malas pulak nak update blog. So kali ni gua nak bercerita apa yang gua lalui semasa perjalanan gua dari tsuyama ke Malaya. Bak orang omputeh kata “from tsuyama with love”. Hehe

Macam biasa gua dari tsuyama gerak ke Tokyo menggunakan bas. Perjalanan sejauh 700km itu mengambil masa hanya 7 jam. Bila gua sampai Tokyo atau lebih tepat Shinjuku, gua rasa dah macam bandar mati. Sapa pun takdak kecuali gua dan kawan-kawan gua. dulu gua penah lepak-lepak sambil main teng-teng kat sini. Shinjuku punya la ramai manusia. Kali ni lengang tanpa insan.

Gua lepak kat Tokyo sementara tunggu flight gua pada malamnya. Gua jalan-jalan kat akihabara dan harajuku. Alhamdulillah masih ada makhluk bernama manusia. Tapi tak ramai sangat. Maybe depa risau kena radiation kot. Tapi gua tak heran. Gua datang sana nak shopping. Nak balik Malaya haruslah beli omiyage(cenderahati) untuk insan-insan tersayang.

Dekat Tokyo gua jumpa kawan-kawan gua. depa semuanya nak lari balik Malaya risau akan sebarang kemungkinan. Ada kawan gua(girls) cerita. Masa 1st day sebelum gempa tu depa plan nak ke korea. So petang tu depa pergi la karok sebab flight malam. dekat tingkat 6 kot tak silap gua. tengah syok karok sekali gempa bermagnitud 7.2(pada waktu ni kawasan sendai 8.9) telah berlaku. Bayangkan bangunan tengah berdansa lu orang lepak dalam tu. Kejadian tu berlaku selama 5-10minit. Memang tak boleh bayang apa perasaan depa. By the way, gua sangat jeles. gua tak pernah rasa macam tu. Huhu. Then sudah la gempa, haneda airport pun tutup hari tu. So kawan-kawan gua tak dapat keluar jepun masa tu. Tiket pun tak leh refund so depa beli tiket Malaysia terus.

Gua sebenarnya tak pernah rasa gempa bumi walaupun dah setahun gua dok jepun. Kawasan gua dikatakan kawasan hijau gempa bumi. Dah bertahun tsuyama tak rasa gempa. Tapi orang tua-tua cakap kalau dah lama tak kena, sekali kena memang sapu bersih macam dekat kobe dulu. Gua harap jangan la jadi macam tu kat tempat gua. kalau nak jadi pun biar la gua dah balik Malaya.

Friday, March 11, 2011

fiqnography bersama mr s

assalamualaikum
hari ni gua baru je cekau satu lens second hand baru. iaitu sigma 10-20mm f4.0-5.6 dc hsm. so gua dengan pantas gerak laju-laju terus ke lapangan untuk photoshoot.

by the way. masa gua pergi photoshoot ni gempa bumi telah berlaku dekat utara jepun. alhamdulillah gua dekat selatan jepun masih lagi selamat dan tiada sebarang gegaran dirasai. cuma risau akan rakan-rakan gua yang dekat sendai tu hah. tapi setakat gua post ni diorang sudah berada dalam keadaan selamat. so doakan kawan-kawan gua kat sana.

so back to the topic. layan je la. gua malas nak terang
IMG_3234

IMG_3239


IMG_3267

IMG_3240

IMG_3291

IMG_3301


nak tengok details pasal gambar sila click link di bawah and bukak set landscape
sumber:http://www.flickr.com/photos/fiqnography/

Thursday, March 10, 2011

romantikkah korea boy?

Assalamualaikum

Gua jalan-jalan blog dekat gengblogger tadi. Gua tengok banyak blogger dok sibuk nak habaq bagus nya SEO. Apa tu seo gua tak tau. Gua tak ambil pusing. Nak naikkan page rank? Nuffnang? Gua tak ambil port. Lu tulis la sampai lebam.

Ada kawan gua. maksud gua ex gua. well kami dah lama break up. And sekarang kami macam nak geli-geli balik. Ye la cinta pertama jugak paling masyuk. Tapi sepanjang kami dalam usaha untuk geli-geli, gua rasa ex gua suka banding-bandingkan gua dengan budak korea. Dia cakap gua tak romantik macam jaejung?

Benarkah lelaki malaya macam gua ni tak romantik macam jaejung tu? Gua pangkah laju-laju. Lu tengok situasi sekarang. Lu bukak statistik malaysia. Berapa ramaikah gadis-gadis malaya berkahwin dengan budak korea? Berapa ramai yang kahwin dengan jejaka melayu? Gua cakap atas fakta benar lagi membenarkan. Sebab apa ramai yang kahwin dengan jejaka malaya? Of course la kami-kami ni romantik. And yet kalau kami tak romantik sekali pun lu orang(sengal-sengal girls) yakin ke jaejung dan suku sakatnya romantik?

Lu orang hanya kenal mamat-mamat korea tu melalui media informasi. Lu orang tak pernah pun jumpa TOP ke Big Bang ke and entah pape la nama depa tu gua tak pasti. And yet lu orang tak jumpa diorang, lu still kata depa romantik? “kami tengok depa kat tibi romantik pa”, kata seorang sengal girl. Yes gua akui depa romantik tapi dalam tv je. But then you all sengal-sengal girl should realise that in tv they just ber-drama. Kalau dalam tv gua cakap farid hamil pun romantik dalam LBS. lu tak suka dia pulak?
farid hamil bikin gua panas

“kami suka mamat korea sebab depa hensem lagi dari budak malaya la”. Come on ladies. Ally iskandar, farid hamil, ustaz amirul, and gua tak hensem ke? Tengok macam gua. gua pencinta tegar lisa surihani, penyayang setia intan ladyana dan juga cinta sejati liyana jasmay. Walaupun possibility nak dapat awek macam depa rendah tapi still ada possibility kalau gua selalu geli-geli,right? lu orang geli-geli dengan jaejung bukan dia tau pun lu orang. sudah gua kupas dalam entry dulu "sedarlah wahai gadis malaya"

Lu tengok situasi sekarang. chumel-chumel girls dating with besa-besa boy. Why this happen? Sebab kami ini romantik ler.


girls..you are weird

Tuesday, March 8, 2011

diri kau diri kau

Assalamualaikum

Hari ni ntah dari mana gua dapat ilham gua tak pasti. Nak kata gua dapat ilham masa mandi, gua tak mandi pun hari ni. Gua mengadap depan dekstop gua, gua main taip-taip je sedap rasa gua.
 
Manusia memang suka akan kecantikan. Mana ada manusia suka akan keburukkan dan kehodohan. Tapi lu orang jangan risau. Setiap ciptaan Allah tu sempurna. Walau macamana muka lu orang pun pasti ada someone for lu. Yang penting lu jangan desperate. Bila lu desperate mula la lelaki pilihan lu mula rasa tak selesa, rimas dan sebagainya.

gua bagi situasi. Lu asalnya budak kampung yang taktau berfesyen. Lu sejak kecil lagi di asuh dengan baju kurung. And tiba-tiba lu dapat belajar dekat KL ke. Lu macam biasa pergi kuliah dengan baju kurung and tudung simple-simple. 2 3 bulan lepas tu lu syok dekat seorang laki hot dalam kuliah lu. Lu jadi tak keruan lu cuba dapatkan perhatian lelaki hot tu. Lu secara aggressive cuba ubah penampilan lu. Lu mula dress up. Ok that’s good. yang tak good nya lu mula jadi gedik girl. But then lu rasa laki tu suka ke kat lu walaupun lu berubah penampilan? Padahal lu taktau pun lelaki tu suka perempuan berfesyen ke tak.

Guys actually ada 2 jenis. Ada yang suka penampilan luaran. Ada yang suka penampilan dalaman. Kalau gua, suka 2 2. Haha. Lu kalau nak kenal laki suka exterior lu tengok kawan-kawan dia. Kalau kawan-kawan dia fesyen uptodate then he is exterior. Gua terus terang cakap kalau laki suka exterior lu jangan cuba nasib. Sebabnya lu harus berfesyen jugak. lu terpaksa berfesyen sebab kalau lu tak berfesyen sure lu kena kutuk habis dengan boipren lu. And bila lu berfesyen lu bukan jadi diri lu yang sebenar. Lu just jadi orang lain. Gua tak cakap berfesyen tu salah. Tapi berfesyen mengikut apa yang diri kita nak. Then you will happy.

Secara normal lelaki yang pentingkan interior beauty kawan-kawan dia tak berfesyen sangat. Simple but nice to look. Itu key pointnya. Lelaki macam ni akan terima lu macam mana lu sekalipun as long lu baik hati and bukan gedik-gedik girls. Lu tak payah nak dress up pakai high heel org whats so ever. Just simple nice baju kurung and kasut biasa-biasa. Kalau lelaki interior macam gua sure boleh terpikat. Silap haribulan gua yang tackle dulu. Ingat key point ni:just nice to look.

Gua terus terang suka interior beauty. Tak dinafikan Gua juga suka sikit-sikit exterior. Gua pernah keluar date dengan satu awek punya dress up. Gua memang suka dia pada mula-mulanya. Tapi bila dah tengok fesyen melebih sangat gua rasa macam nak paku je leher dia. kasi jadi awek simple sikit. haha

Saturday, March 5, 2011

say no to SLR


Assalamualaikum

Gua taknak tulis entry panjang-panjang sebab gua tau korang bukan nak baca sangat. Jalan-jalan sikit lepas tu belah. Kalau baik sikit tinggal jejak kat shoutbox. Kalau yang bagus tu siap komen sekali. Thanks diucapkan. Sebenarnya Gua tak kisah. Yang penting gua dapat luah hati dan perasaan gua kat sini.

Sekarang gua tengok memang agak fenomena la sekarang semua dok ligat nak ada Dilema Sepi Lelaki Romantik (DSLR). Gua pun terikut sama. Gua actually tak suka kamera besar-besar. Tapi Atas pengaruh senpai gua, gua angkat sebijik. Gua dah ada compact camera. Pergh memang jauh beza dari segi kualiti gambar dan kepuasan.

Memiliki SLR sebenarnya adalah pelaburan yang mahal:itu point gua yang pertama. Tak perlu gua ulas banyak dekat sini. Lu orang pun tau paling ceroi SLR pun 2 ribu. Itu yang set baru dengan lens kit. Kalau 2nd pun nasib la dapat seribu lebih. Ntah elok ke tak elok. Tapi yang pasti 2nd jepun 90% ok. Without a doubt.

Masih lagi dalam isu kemahalan. Once lu orang dah beli camera lu orang harus lah beli lensa dan flash dia pulak. Lens kalau lu nak cari yang berkualiti dari segi kualiti gambar mahupun ketahanan lens, sure lens tu 2 atau 3 kali ganda mahal dari camera lu sendiri. Lain la kalau lu nak pakai lens kit je. Lens kit ok tapi not really. Boleh la hidup. Gua dulu mula-mula hidup dengan lens kit je. 4 bulan bawak lens tak comel. Malu je rasa. Flash pulak kalau built in selamat lu orang. Walaupun cukup kot pada gua tapi sebenarnya lagi banyak lu labor dekat external flash lagi cantik lighting lu. Harga pun 2 kali ganda gak dari camera lu.

Ini paling penting. Secara teknikalnya SLR adalah camera untuk lu orang show off lu orang punya kreativiti. Lu bukan saja-saja nak tangkap gambar but lu orang nak tunjuk gambar tu jadi lagu mana lu orang nak. Nak jadi macam tu Of course la lu kena pakai full manual. Kalau tak sia-sia la lu pakai SLR. Tapi ada gak semi manual. Gua pun 5 bulan gak la pakai semi. Sekarang baru start pakai manual. And gua nak cakap sama lu, kalau lu tak reti or malas-malas nak setting or just nak pakai auto mode baik lu pakai compact camera je. Camera riban-riban pakai auto. Sama je lu pakai cybershot.

Pada gua SLR tak sesuai untuk lu orang pakai saja-saja. Setakat lu orang nak snap suka-suka gua rasa lu pakai compact camera lagi bagus. Gua pun ada compact camera. Gua pakai SLR bila nak betul-betul pakai je. Bukan untuk tangkap gambar orang suka-suka. Bukan untuk tangkap masuk facebook letak album title "Yeah he is me". Kalau gambar potret takpe la cun. Cun kalau lu pandai snap. Serius gua tak pandai tangkap gambar portrait.

Thursday, March 3, 2011

soalan ramalan SPM 2011 kertas bahasa melayu tahap tertinggi

sila baca dan fahami petikan dibawah kemudian jawab soalan yang berikut.
masa menjawab adalah 15minit

gambar hiasan
 Masa tu gua masih ingat lagi yang gua rindu gila-gila dekat awek gua. Gua cakap dekat dia gua nak jumpa dia. Tapi awek gua tu dok jauh. Masa tu awek gua sedang praktikal dekat hospital kuantan. Awek gua bukan nurse mahupun doctor. Gua pun samar-samar dia praktikal apa. Kadang-kadang deal dengan budak. Kadang-kadang deal dengan orang eksiden. Orang sakit mental pun ada. Pergh sangat budiman pakwe awek gua tu. Nanti awek kerja apa pun gua taktau. Sebenarnya masa tu gua belum lagi berkasih sayang dengan awek gua tu. Kitaorang just teman tapi mesra almost 5 years. So gua rasa gua perlu confess before gua fly.

 Gua ingat lagi masa tu gua dok kat Melaka rumah kakak gua. Awek gua dekat kuantan. Kalau nak hantar gua dekat KLIA gua rasa awek gua tak sanggup. Praktikalnya lagi. So gua luahkan harapan gua dekat awek gua nak pegi kuantan. Awek gua setuju sambil terjerit-jerit riang. Gua pun sambar kunci Toyota vios kakak gua terus pergi kuantan berbekalkan doa restu bakal mak mertua awek gua. Sepanjang perjalanan gua rasa gua nak surprise sikit sama awek gua. Gua piker dalam-dalam macammana nak bagi awek gua takkan lupa gua masa gua dekat perantauan.

 Gua ingat lagi masa tu hari bekerja. So awek gua tak cuti. Gua sampai pun tengah hari. Sure dia tegah berusaha keras untuk sesuap markah praktikal dia. So gua cadang taknak kacau awek gua. Tapi time tu otak halus gua mencanak-canak bagi idea. Dengan pantas gua pergi emergency ward punya kaunter pertanyaan. Gua jumpa satu nurse lawa. Gua kenyit-kenyit mata sikit. gua cakap dekat nurse tu yang gua nak bantuan dia. gua suruh nurse tu call awek gua. suruh dia cakap gua eksiden and cakap gua sekarang dekat emergency ward tengah operate. Nurse tu pun ikut la cakap gua telefon awek gua.
gambar hiasan

 Lepas tu gua lepak-lepak dekat hujung penjuru sana. Dekat dengan seorang budak umur 3 4 tahun. Baby boy. Gua senyum-senyum dekat budak tu. Terus budak tu nanges. Gua pun buat-buat taktau bila parents dia tengok gua. tiba-tiba gua dengar orang berlarian. Ya itu diaaa Awek gua. manis dengan busana hospital( gua tak reti nak describe macammana so pandai-pandai la ye) lengkap dengan cermin mata. Fuh ayu sungguh awek gua. beruntung gua.

 Awek gua terus pergi kaunter pertanyaan Tanya pasal kondisyon gua. gua datang pelan-pelan dekat awek gua. gua sebut nama awek gua “****”. Awek gua toleh dan terkejut tengok gua. gua tengok awek gua dah merah-merah muka nangis. Awek gua hentak manja bahu gua. ish rasa macam nak peluk pun ada. Nasib baik haram. Haha. Awek gua tak berhenti nangis lagi. Gua dengan rasa cool cuba lap air mata awek gua. GedEBush! Tersadai gua bawah meja kaunter. Awek gua bagi penampar manja sedas. Walaupun lemah tapi padu dengan kasih sayang. Gua tengok sekeliling. Semua mata memandang gua. gua tengok budak yang nanges tadi tergelak kehkeh dekat gua. “celake” dengus hati gua. “kalau awak dah takde” tiba-tiba awek gua mula berucap. Gua menanti sambungan ayat beliau. “kalau awak takde, sapa nak bagi saye BMW?” lembut awek gua bermadah. “cis, materialistic punya awek” getus hati gua memberontak.

(petikan ini digarap dan diolah daripada buku diari hidup capik si wira gadis 2010)

soalan 1:
berapa banyakkah perkataan 'gua' dalam entry yang ditulis oleh gua? 

Tuesday, March 1, 2011

lisa surihani VS korean/japanese girl


Assalamualaikum 
Sebagai permulaan, aku nak tukaq style sikit dari segi seni penulisan. Aku nak gunakan “gua” sebagai kata ganti nama pada diriku ini. Sebab gua rasa gua lebih casual dan penuh dengan emosi berbanding “aku”.

Semalam gua tidur lewat sebab gua terpaksa training presentation programming. Bukan dalam English bukan juga dalam bahasa ibunda tapi dalam bahasa jepun. Lu orang ingat senang ke nak buat presentation dalam bahasa jepun? Fikir semula jika ada antara lu orang nak further study kat jepun.

Gua training 5 6 kali jugak la. Sampai terbelit-belit lidah gua. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Gua dah tak tahan gua mula buat kerja gila. Gua hentak laju-laju kepala gua dekat meja. Dan dengan sengaja gua dapat ilham baru untuk mempersetan diri gua.

Dengan hati kering gua luahkan hati dan perasaan gua dekat lisa surihani. Gua memang dah lama angau dengan lisa ni. Sebab tu gua rasa gua perlu luahkan. At least once kita dah luahkan hati kita jadi tenang. Dah takde nak gila bayang. And then Lepas tu gua terus tidur. Dengan harapan  bangun pagi nanti lisa surihani balas balik gua punya post.

Maka esok paginya gua bangun sembahyang subuh. Gua belek-belek handphone buruk gua. Terpampang “lisa surihani commented on your wall post”. Hati gua riang. Demi mencapai kekhusyukkan dalam sembahyang gua tangguhkan dulu untuk membaca komen tersebut. Lepas je gua sembahyang gua laju-laju sambar gua punya handphone. Gua terus bukak application facebook dalam phone gua. Tudiaaaaa…..

Hati gua menjadi riang. Hati gua bagaikan berada disyurga ciptaan imaginasi gua sendiri. Gua tersenyum lebar. Gua jerit kuat-kuat. Kedinginan pagi subuh itu havoc dengan jeritan “lisa I love you!” gua. Roommate gua yang tengah main mahjong secara online ushar gua dengan raut tak puas hati. Senyap-senyap dia datang dekat gua dengan laju dia sepak gua. Tersadai gua bawah katil. “celake lu, gua tengah concerntrate ni!” kata roommate gua yang berasal dari Jakarta itu.

Celake dah panjang intro hubungan cinta gua dengan lisa surihani. Ok next kita masuk dalam topik asal. Lu orang nampak tak perbezaan pemikiran lelaki malaya dan gadis malaya? Lu tengok gua. Gua tak pernah claim nak awek korea mahupun awek jepun. Yes gua akui depa-depa tu kulit licin-licin. Muka depa cantik-cantik. Yet, gua still lagi menaruh harapan yang tinggi pada lisa surihani. Why lisa surihani? Gua sebagai wakil kepada lelaki malaya menyatakan kami semua sedar diri. Kami tau ianya hanyalah sia-sia kalau nak ada awek macam wonderpet wondergirls, girls generation or even haruna ai(aik bukan ke dia bapok?).
miss bapok universe

“ala kalau lisa surihani pun macam nak je dekat hang capik” kata salah seorang gadis malaya yang tengah baca blog seposen gua ni. Yes. Gua akui tapi possibility lisa surihani jadi awek gua tinggi. Gua boleh jumpa dia kalau gua nak. And gua rasa kalau dia jumpa gua confrm dia ingat gua. Sebab gua ni super kacak and sangat-sangat chumel. Berbanding dengan Korean/Japanese boy. Gua rasa jaejung or ogori shun sampai kesudah tak ingat kat lu(gadis malaya).

Orait dah super panjang. Gua tak rasa nak ulas panjang-panjang pasal isu ini. Nanti awek gua sendiri anti dengan gua. Super junior je dalam hati dia. Gua takdak pun.

MESEJ KHAS UNTUK AWAK (LISA SURIHANI LA TU)
Awak gembirakan hati saya hari ini. Thanks sangat-sangat
Nanti saye balik awak sambut la saye dekat lcct ye. I’m waiting for you
MUUaahhHH! love you

kepada boys yang minat lisa surihani sila batalkan niat lu sebab lisa ala-ala on dengan gua. So lu orang boleh try fasha(nak sandar) or intan ladyana. Liyana jasmay lu nak try boleh tapi gua pun nak cuba nasib jugak dekat dia. Best Man Win (BMW)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...