nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Thursday, March 3, 2011

soalan ramalan SPM 2011 kertas bahasa melayu tahap tertinggi

sila baca dan fahami petikan dibawah kemudian jawab soalan yang berikut.
masa menjawab adalah 15minit

gambar hiasan
 Masa tu gua masih ingat lagi yang gua rindu gila-gila dekat awek gua. Gua cakap dekat dia gua nak jumpa dia. Tapi awek gua tu dok jauh. Masa tu awek gua sedang praktikal dekat hospital kuantan. Awek gua bukan nurse mahupun doctor. Gua pun samar-samar dia praktikal apa. Kadang-kadang deal dengan budak. Kadang-kadang deal dengan orang eksiden. Orang sakit mental pun ada. Pergh sangat budiman pakwe awek gua tu. Nanti awek kerja apa pun gua taktau. Sebenarnya masa tu gua belum lagi berkasih sayang dengan awek gua tu. Kitaorang just teman tapi mesra almost 5 years. So gua rasa gua perlu confess before gua fly.

 Gua ingat lagi masa tu gua dok kat Melaka rumah kakak gua. Awek gua dekat kuantan. Kalau nak hantar gua dekat KLIA gua rasa awek gua tak sanggup. Praktikalnya lagi. So gua luahkan harapan gua dekat awek gua nak pegi kuantan. Awek gua setuju sambil terjerit-jerit riang. Gua pun sambar kunci Toyota vios kakak gua terus pergi kuantan berbekalkan doa restu bakal mak mertua awek gua. Sepanjang perjalanan gua rasa gua nak surprise sikit sama awek gua. Gua piker dalam-dalam macammana nak bagi awek gua takkan lupa gua masa gua dekat perantauan.

 Gua ingat lagi masa tu hari bekerja. So awek gua tak cuti. Gua sampai pun tengah hari. Sure dia tegah berusaha keras untuk sesuap markah praktikal dia. So gua cadang taknak kacau awek gua. Tapi time tu otak halus gua mencanak-canak bagi idea. Dengan pantas gua pergi emergency ward punya kaunter pertanyaan. Gua jumpa satu nurse lawa. Gua kenyit-kenyit mata sikit. gua cakap dekat nurse tu yang gua nak bantuan dia. gua suruh nurse tu call awek gua. suruh dia cakap gua eksiden and cakap gua sekarang dekat emergency ward tengah operate. Nurse tu pun ikut la cakap gua telefon awek gua.
gambar hiasan

 Lepas tu gua lepak-lepak dekat hujung penjuru sana. Dekat dengan seorang budak umur 3 4 tahun. Baby boy. Gua senyum-senyum dekat budak tu. Terus budak tu nanges. Gua pun buat-buat taktau bila parents dia tengok gua. tiba-tiba gua dengar orang berlarian. Ya itu diaaa Awek gua. manis dengan busana hospital( gua tak reti nak describe macammana so pandai-pandai la ye) lengkap dengan cermin mata. Fuh ayu sungguh awek gua. beruntung gua.

 Awek gua terus pergi kaunter pertanyaan Tanya pasal kondisyon gua. gua datang pelan-pelan dekat awek gua. gua sebut nama awek gua “****”. Awek gua toleh dan terkejut tengok gua. gua tengok awek gua dah merah-merah muka nangis. Awek gua hentak manja bahu gua. ish rasa macam nak peluk pun ada. Nasib baik haram. Haha. Awek gua tak berhenti nangis lagi. Gua dengan rasa cool cuba lap air mata awek gua. GedEBush! Tersadai gua bawah meja kaunter. Awek gua bagi penampar manja sedas. Walaupun lemah tapi padu dengan kasih sayang. Gua tengok sekeliling. Semua mata memandang gua. gua tengok budak yang nanges tadi tergelak kehkeh dekat gua. “celake” dengus hati gua. “kalau awak dah takde” tiba-tiba awek gua mula berucap. Gua menanti sambungan ayat beliau. “kalau awak takde, sapa nak bagi saye BMW?” lembut awek gua bermadah. “cis, materialistic punya awek” getus hati gua memberontak.

(petikan ini digarap dan diolah daripada buku diari hidup capik si wira gadis 2010)

soalan 1:
berapa banyakkah perkataan 'gua' dalam entry yang ditulis oleh gua? 

4 sudah menulis:

Miss Sulphur said... [reply]

82 gua~
huhu~....
capik yang jiwang~

shafiq ahmad said... [reply]

tudiaa kira..tahniah!

Bunga bt Kuntum said... [reply]

best sangat2!! hahaha

shafiq ahmad said... [reply]

@bunga bt kuntum:thanks ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...