nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Wednesday, April 20, 2011

Tips taknak kasi kekasih cari pasangan lain

Assalamualaikum
"The best way to love is to love like you have never been hurt."
Pergh sejak jadi budak 4th year kat tsuyama college ni, gua hamper-hampir takdak masa nak update blog. Giler lu punya sibuk macam-macam. Untuk lu orang nak tau, kalau study kat jepun especially kat kolej teknikal macam gua, 4th year adalah paling busy sekali. Macam-macam nak kena urus. Dari internshipnya, kenkyuu(research) nya. Macam-macam lagi la. So gua tak sempat la nak update blog mahupun blogwalking. Kalau ada free time je gua blog-blog walking-walking ni.

 
Back to the main topic. Gua actually bukan nak bagi tips seperti kebiasannya. Gua kali ni nak lu orang sekalian provoker and controversor sekalian bagi tips kat gua macam mana tak nak kasi awek gua lari kat lelaki lain. Atau dalam bahasa mudahnya awek gua curang la. So kepada sesiapa yang ada idea-idea bernas boleh la tinggal kan kat komen. Nanti gua publish lu orang punya opinion.Orait sekarang gua nak cerita masalah gua. Nanti lu kasi la idea apa yang harus gua lakukan dengan awek kesayangan gua ni.
gambar hiasan
Kisah gua simple je. Kisah gua adalah PJJ yakni percintaan jarak jauh. Ya cinta jarak jauh. Cinta kami dipisahkan oleh lautan china selatan(kot) dimana gua di jepun awek gua di Malaysia. Oh man! Cinta ku tertinggal di Malaysia. Terus terang gua cakap, before berangkat ke jepun untuk pertama kalinya tahun lepas, kami telah pun berjanji yang akan sama-sama tunggu atleast for 5 years. Yeah gua belajar kat sini 3 tahun diploma then kalau ada rezeki tambah 2 tahun untuk degree. Actually bukan kami yang berjanji, gua sendiri yang janji. awek gua hanya iakan je. well Awek gua kalau boleh lagi 2 tahun nak nikah dah. Haha. Well dah setahun kami harungi cinta jarak jauh. Kejap naik kejap turun. Macam graph alternate current.heh,mentang-mentang la budak electrical.

 
Malas nak cerita panjang. Lu orang bukan nak baca sangat kisah cinta gua kan. Haha. Tak payah baca tapi jangan lupa bagi komen. Haha.

 
Ok-ok. Tak habis lagi ni. Gua dapat tahu ada satu mamat ni cuba tackle awek gua. Tiap-tiap hari cuba call awek gua(gua call awek gua sebulan sekali: atas permintaan si dia kerana nak gua focus dalam study). Yang cerita ni adik awek gua merangkap my future sister in law la. Sister in law tanya gua, "capik lu tak nak defend awek lu ke?". eh mesti la nak defend. sapa tak sayang awek dowh. tapi Pada gua tak perlu lah gua nak defend cinta gua. Is all about her heart. Kalau dia nak kat that boy, go on la. Gua tak leh paksa orang nak sayang gua. "tapi at least lu pertahankan la hak lu. Jangan kasi dia suka dekat orang lain" my sister in law wannabe cakap dekat gua macam tu.

 
So lu orang rasa apa yang harus gua lakukan? Pertahankan cinta gua which is memaksa awek gua sayang gua or just let it go. Kalau dia sayang gua, dia tunggu gua sampai habis belajar. Which one? Help me!!!!!!!!!
Tsukete kure yoo

*senpai gua dah kawin pun sekarang walaupun tak habis belajar lagi. dah la bini kat malaysia. serius jeles dengan beliau

Tuesday, April 12, 2011

fiqnography versi sakura

assalamualaikum
 dah lama tak update. so untuk pengetahuan rakan-rakan blogger sekalian, gua dah pun balik ke bumi matahari terbit. so macam biasa, awal bulan april adalah musim bunga sakura di jepun. so gua pun ambil kesempatan pergi photoshoot masa hanami hari tu. so sila la tengok dan jangan lupa komen sekali. tak paksa pun


IMG_3930

IMG_3931

IMG_3940

oh ya tak lupa jugak photographer kita. kalau ingin berkenalan la ye. khas untuk si gadis sahaja


semua gambar ini diedit dengan julung kalinya dengan adobe photoshop lightroom

untuk gambar penuh sila klik http://www.flickr.com/photos/fiqnography/

Saturday, April 2, 2011

say no to women drivers

Assalamualaikum 

"I am thinking of you, In my sleepless solitude tonight. If it's wrong to love you, then my heart just won't let me be right. 'Cause I'm drowned in you, And I won't pull through, without you by my side."

1st of all gua nak minta maaf sangat-sangat sebab dah lama giler gua tak update blog gua. well bila balik Malaysia neh gua lebih banyak spend masa gua dengan family. Dengan kawan-kawan. Dengan awek je tak. Apa boleh buat, awek sibuk je memanjang. Takpe la. Nanti dah kawin, gua pulak sibuk bekerja kan. Adil dan saksama kan. Betul tak?

pagi sabtu macam biasa gua lepak bawah pokok rambutan rumah gua sambil baca utusan malaya. gua tertarik dengan satu part ruangan komen mengomen pasal girl drivers sangat lulz bawak kereta berbanding boys. Sebelum gua membuat sebarang spekulasi berdarah mengenai isu ini, ingin gua khabarkan bahawa gua sangat setuju dengan statement itu. Haha

sejak gua mendapat lessen kereta kira-kira 2 tahun yang lalu, gua kerap sekali keluar dengan kereta. Gua dah tinggalkan zaman rempit gua kerana gua rasakan berkereta sangat la hensem. Dah la tak kena panas. Pergh masyuk. Tapi masalah kalau naik kereta neh gua agak sukar untuk ke destinasi dengan pantas dek kerana trafik Malaysia yang sangat lulz. Kalau sebab accident ke traffic light ke, gua takde hal la bawak kereta slow-slow neh. Yang gua tak puas hati kalau jalan sikit punya la elok, jem pun takde, ada gak insan yang bawak slow-slow.


Ketahuilah wahai insan kereta dicipta untuk mempercepat seseorang manusia itu untuk bergerak, bukan melambatkan. Gua selalu perhatikan mostly(bukan semua ye) girls bawak kereta sangat la perlahan. Di kawasan speed limit 90km/h pun si gadis akan bawak kereta selaju 40km/h. perkara ini sangat lah tak dapat diterima akal oleh kaum lelaki yang rata-rata akan bawak 120km/h!

"kami mengikut peraturan. Kami berhati-hati dan taknak sebarang kecelakaan kerana kami sayangkan keluarga kami la capik"

Mungkin ada readers akan cakap macam tu. Sebenarnya, memang la berhati-hati tu bagus dan tak mengundang kecelakaan(insyaAllah) tapi jangan lah terlalu berhati-hati sampai menyusahkan orang lain. lu orang(girls terutamanya) kena la pikir pasal orang lain. lu bawak 40km/h dalam kawasan 90km/h. lu tengok la kat belakang sama kot-kot banyak kereta(lelaki) dok follow lu. Dah la lu bawak slow, opposite lane pulak banyak kereta dan menyebabkan kami lelaki tak boleh potong lu. Depan lu pulak kosong takde kereta. Lu sedar-sedar la diri bawak la laju sikit. Ini tak lagi slow ada la. Tension je gua(pengalaman neh).


Satu lagi gua heran dengan girls yang bawak kereta ialah lu terlalu focus semasa drive. Lu pandang jalan sampai tak berkelip mata. Focus la katanya. Tapi side mirror pe semua tak pandang langsung. Gua pernah naik satu kereta dengan satu awek(bukan awek gua). punya la focus drive. Sampai junction traffic light jadi merah pun dia tak perasan. Nasib baik takde kereta lain lalu time tu, kalau tak mungkin roh gua yang tulis blog sekarang neh. Sejak hari tu, gua sangat pantang kalau naik kereta driver dia perempuan. Sangat pantang.
 
"University berkeley & institute CAL melaporkan otak wanita kurang responsive terhadap objek atau kawasan 3 dimensi(seperti ketika memandu) berbanding lelaki. Misalnya estimate distances untuk overtake, parking, dan change lane"
Sumber:utusan Malaysia 2 april 2011 laman interaktif page 30

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...