nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Sunday, May 22, 2011

surat untuk awek curang

assalamualaikum sayang,

aku masih ingat lagi masa dulu-dulu. kira-kira 2 tahun yang lepas. di mana kita berdua masih lagi dalam status 'kawan'. kau sungguh mesra dengan ku. setiap kali kau bersama ku, ku lihat kau senyum manis terhadap ku. ku berasa sangat tenang dan bahagia. walaupun kita berkawan, tetapi kawan-kawan kita sangat mencemburui kita kerana kita sangat rapat seperti pasangan kekasih.

semakin ku mengenali mu semakin aku merasakan perasaan yang sangat aneh. siang dan malam ku hanya terbayangkan kau. tiap kali ku menonton tv, ku nampak kau. hatta ketika ku berfesbuk pun aku seolah-olah terlihat post mu sahaja bagaikan kau seorang sahaja friend ku di laman sesawang itu. oh kau tau kan ku sudah gila bayang.

aku masih ingat lagi. kawan-kawan ku selalu mengatakan yang aku dan kau laksana enggang dan pipit. aku masih belajar manakala kau sudah memiliki kerjaya. ketika ku berumur 20, kau 24. aku tak kisah. aku tak kisah kerana umur bukanlah menjadi ukuran kepada kasih dan sayang ku pada mu. ku kentalkan hati, ku katakan jua yang ku cintakan kau. biarla orang kata yang kau mungkin sudah tidak bergetah lagi pada saat ku menikahi mu. pedulikan mereka! mereka cemburu!

kini lebih setahun kita bercinta. kau taukan aku berada di jepun demi kau? ya jangan terkejut. kerana kau. ku harus belajar tinggi-tinggi agar pabila ku sudah bekerja kelak, ku mampu menikahi mu dengan mas kawen yang tinggi. gadis berpendidikan tinggi seperti kau, aku yakin RM20k pasti tidak cukup. jadi ku harap kau bersabar la sedikit. hanya lagi 3 tahun setengah sahaja. ku perlukan kesetiaan mu.

tapi sayang...........


kerap kali ku berblogwalking. sampai la satu ketika ku terbaca satu berita yang betul-betul boleh menghancurkan impian suci seorang lelaki tulus sepertiku. ku dengar khabar kau sudah curang. kau sudah bermain kayu 3 di belakang ku. perkara seperti ini kenapa kau tidak berterus terang? kan sudah ku katakan, andai kau tidak berdaya lagi untuk bersabar dan menantiku, khabarkan kepada ku. sesungguhnya aku seorang lelaki yang sangat memahami.


















kau curang!
aku rela akan kecurangan yang kau lakukan kepada ku. ku tahu, kau mesti ada alasan yang tersendiri. tidak mengapa. ku sangat memahami. cuma ku ingin tahu, dimanakah kesilapan ku sehingga kau sanggup dumb aku sampai sebegini? adakah kerana lamborghini yusry? tolong. tolong khabarkan kepada ku. ingin benar ku tahu. jangan risau. aku seorang yang sangat memahami.

oh lisa surihani ku sayang
aku terfaktab..........

4 sudah menulis:

ieyza afieyna said... [reply]

huhu..~~

marina anakcikbob said... [reply]

kesian ko..
sebenarnya, aku yg suruh dia kapel dgn yusry.
sbb ko tu pemalu sgt.
hahaha..

kinah said... [reply]

hahaha..ak ingatkan entri psl mnde lh ni

Tehuzz said... [reply]

perghh !

jemput singgah sini balik :
http://www.tehuzz.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...