nuffnang

kata-kata indah

"loving you is a crime, then prisons me"

Wednesday, August 17, 2011

meleis messenger troller: tak pergi BERSIH dapat RM50


BANGKOK- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) digesa agar menyiasat dakwaan melibatkan parti Aku Meleis Noda Orang(AMNO) yang diperkatakan membiayai remaja-remaja terutamanya mahasiswa-mahasiwi di negara ini agar mereka tidak menghadiri himpunan haram BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.



Perkara ini dibongkar oleh ketua pemudi parti Gagasan Anak Gay Aku Liwat(GAGAL) negeri Selangor, Datin Seri Rosmi Mansyuk ketika mengadakan sidang akhbar tergempar selepas beliau membaca kenyataan akhbar salah seorang pemimpin berhaluan kanan parti AMNO semalam.



“kami percaya dan yakin bahawa anak-anak muda khususnya mahasiswa-mahasiswi sekitar kuala lumpur dibiayai sejumlah wang daripada parti AMNO agar tidak menghadiri perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu”



menurut beliau lagi, pelajar-pelajar yang ingin menghadiri perhimpunan tersebut dibayar sebanyak RM50 seorang supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut. Hal ini didedahkan oleh salah seorang anak ikannya yang sedang belajar di salah satu university ternama negara.



“kami sudah menjalankan siasatan kami sendiri dan perkara ini sememang benar.



“kami akan membuat laporan polis agar perkara ini disiasat kerana ini boleh dikategorikan sebagai rasuah”, ujar beliau selepas menghadiri kelas teori Menjadi Perdana Menteri Wanita Bersama Perdana Menteri Thailand yang diadakan disini semalam.



Semalam, seorang pemimpin AMNO, Dato’ Raih Piatu mendakwa peserta-peserta perhimpunan haram BERSIH dibiayai oleh pihak-pihak tertentu sebanyak RM50 agar merealisasikan rancangan KOTOR mereka.

**troll purpose only: tiada kaitan dengan yang hidup mahupun dah mampos..watak rekaan semata-mata

Saturday, August 13, 2011

malaysia versus jepun sidang bukan bola

Assalamualaikum



Wah dah lama rasanya gua tak update blog. Berbulan la jugak kan. Gua bet mesti ramai readers sekalian tertunggu-tunggu entry solid gua. Gua nak kata gua malas memang gua malas. Tapi sebab utama gua tak post entry baru adalah gua ingin menumpukan sepenuh jiwa dan raga gua kepada study gua #famouslies.



Gua sekarang sudah hampir 3 minggu berada Malaysia terchenta. Gua dapat rasakan berada di Malaysia sangat solid daripada oversea. Ke-best-an oversea ni hanya indah khabar dari rupa je. Dengan makannye, speed limit keretanya(in japan usually 50km/h je tau) and paling mantap adalah tandas berpili. Mana nak cekau tandas berpili air kat jepun?? Semua tisu je..paling solid pun washlet(mesin auto-wash). Tak bayang kan? Lulz…..



Gua dah hampir setahun setengah study kat jepun. Macam-macam gua belajar dekat sana. Bukan setakat ilmu electrical engineering, bahkan social life diorang pun gua belajar dan gua ikut. Err bukan social life yang macam kak maria ok. pfff



Antara yang gua puji giler tahap dewa kesuma life kat japan ni adalah cashier nya. Cashier ni gua cakap lu mostly girls yang superb kawaii. Dah la kawaii, senyum selalu pulak tu. OMG! Kalau gua takdak awek sah gua jadi playboy kat sana. Haha.. ok macam gua cakap tadi cashier depa ni selalu je senyum. Sangat friendly and buat rasa kita nak datang sekali lagi.



Pernah sekali gua nak beli seluar jeans dekat satu butik(takmo habaq butik apa nanti luorang kata gua perabih duit kerajaan) di Osaka. Gua pergi la kat fitting room la nak try masuk tengok sesuai ke tak. Elok je gua dekat dengan bilik tu tiba-tiba staff butik tu(of course kawaii girl) datang tolong bukakan pintu. Oh that time I feel like a prince. Haha…



dah seleseai semua gua pun nak bayaq la sebab sesuai dengan butthurt gua. Gua 1stly pergi dekat kawaii-staff-girl tanya kot-kot boleh potong sebab labuh sikit. Dia cakap boleh tapi dia suruh lipat and tanda(sana takdak tape pengukur kot rasanya). Lepas tu otak nakal aku mula bergeliga. Gua cakap la gua tak pandai lipat-lipat ni. Gua dengan selamber je cakap kat chikaro tu tolong buatkan untuk gua. Apa lagi kami berdua pun masuk la fitting room tu berdua-duaan. Haha... ok pintu terbuka ok. jangan pikir nakal-nakal ok.



Serius gua cakap servis yang diberikan oleh kedai-kedai kat jepun memang solid. Gua rasa servis macam tu takkan dapat di Malaysia. Senyum pun malas. Pernah sekali gua main bowling kat Melaka dengan family gua. Pin bowling tak boleh reset gua pergi complain dekat staff. Staff dengan muka ketat angkat tangan menunjukkan dia paham. Macam takdak adab punya style. Kau tahu kalau jadi kat jepun apa diorang buat? Merayu-rayu minta maaf dengan kita tahu. Walaupun tu bukan salah depa. Oh Malaysia….



p/s: entry pemanas badan mencari mood update blog


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...